Skip to main content

Berita Tempatan

"Terima Kasih Kerana Sentiasa Mahu Melihat Saya Tersenyum" - Ucapan Fazura Buat Que Haidar Raih Perhatian

Astro Gempak fazura que

Sekilas

  • Nur Fazura berkongsi ucapan ulang tahun ke-47 yang menyentuh hati buat Que Haidar di Instagram, mengenang persahabatan mereka lebih 20 tahun.
  • Fazura mendoakan Que Haidar sentiasa dalam lindungan Allah dan kekal menjadi insan yang empati serta berbudi pekerti tinggi.
  • Perkongsian Fazura mendapat perhatian peminat yang turut mendoakan persahabatan mereka terus berkekalan.
Advertisement

Pelakon dan usahawan Nur Fazura mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun yang cukup menyentuh hati buat pelakon Que Haidar sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fazura berkongsi foto Que Haidar bersama kapsyen panjang yang menceritakan tentang persahabatan mereka yang telah terjalin lebih dua dekad.

Advertisement

Menurut Fazura, hubungan persahabatan mereka bukanlah sesuatu yang baharu kerana sudah mengenali antara satu sama lain selama lebih 20 tahun sebelum kembali dipertemukan selepas 16 tahun dalam fasa kehidupan yang berbeza.

“Selamat hari ulang tahun kelahiran buatmu, Tengku Iskhan Shah. Persahabatan kita bukanlah sebentar saja, tapi lebih dari 20 tahun lamanya dan kini kita dipertemukan kembali setelah 16 tahun dalam fasa yang jauh berbeza dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan kita,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Fazura turut mendoakan agar Que Haidar sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta terus menjadi insan yang memiliki empati dan budi pekerti tinggi.

“Doa saya, semoga awak sentiasa berada di dalam lindungan, petunjuk dan rahmat Allah SWT, istiqamah dalam setiap ibadah dan terus kekal menjadi insan yang tinggi dengan empati dan budi pekerti,” katanya.

Fazura turut menyifatkan usia 47 tahun yang dilalui Que Haidar sebagai satu perjalanan yang penuh warna-warni kehidupan, namun sentiasa dihadapi dengan sikap positif.

“47 tahun yang cukup istimewa dan bermakna, pastinya penuh suka dan duka namun sering tidak gemar diungkapkan kerana awak selalu memilih melihat terangnya cahaya matahari berbanding gelapnya hujan,” tulisnya lagi.

Apa yang paling mencuri perhatian adalah ucapan penghargaan Fazura terhadap Que Haidar yang disifatkannya sebagai seorang sahabat yang sentiasa prihatin dan sabar.

“Terima kasih kerana menjadi insan yang selalu prihatin, yang sabar dan sentiasa mahu melihat saya tersenyum di dalam apa jua keadaan,” katanya.

Fazura mengakhiri ucapan tersebut dengan mendoakan kebahagiaan, kesihatan dan ketenangan jiwa buat Que Haidar selain berharap tahun baharu kehidupannya akan membawa lebih banyak kebaikan.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian peminat yang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan ulang tahun serta mendoakan persahabatan mereka terus berkekalan.

Anda mungkin berminat dengan

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

Must Watch Video

Advertisement