Pelakon dan aktivis kemanusian, Ardell Aryana menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang hadir secara sukarela menyambut kepulangan mereka.
Bagaimanapun, Ardell tidak memberi ucapan panjang namun mengajak orang ramai untuk hadir ke Axita Arena esok.
Advertisement
“Terima kasih kerana sukarela hadir menyambut kami semua, saya tak dapat berkongsi banyak.
“Namun saya harap semua dapat hadir ke Axiata Arena esok untuk bersama solidariti demi Palestin,” katanya.
Kepulangan Ardell juga disambut oleh suaminya, Nadzmi Adhwa dengan linangan air mata.
Terdahulu Adhwa serta dua anaknya tiba di KLIA 1 dengan menaiki konvoi empat buah bas.
Sementara itu lebih 2,000 penyokong membanjiri KLIA sejak 7.30 malam bagi menyambut wira da wirawati negara.
Laungan takbir dan Free Palestine berkumandang sejak jam 8 malam sementara menantikan sukarelawan tiba di Balai Ketibaan.
Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.