Skip to main content

Hiburan

“Terima Kasih Sudi Datang Marissa” - Abby Abadi Kongsi Momen Sambut Aidiladha Bersama Keluarga

Astro Gempak

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi rasa terima kasih kepada anaknya, Marissa Dania, yang datang berkunjung sempena Aidiladha dengan penampilan sedondon rona keemasan.
  • Perkongsian Abby di Threads mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang tersentuh dengan hubungan mesra ibu dan anak itu.
  • Marissa sebelum ini memaklumkan rumah tangganya dengan Mohd Aslam bakal berakhir selepas mereka dikatakan akan membawa haluan masing-masing.
Advertisement

Perkongsian pelakon Abby Abadi yang mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Marissa Dania kerana hadir ke rumah sempena Aidiladha mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Abby turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan dia memeluk Marissa selain tampil sedondon mengenakan busana rona keemasan.

Advertisement

“Terima kasih sudi datang Marissa.

“Tetap sedondon kita walau tak merancang ya hihi.

“Nanti datang lagi okey, kita main masak-masak pula,” tulisnya.

Advertisement

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat hubungan ibu dan anak itu.

“Sebak bila seorang mak pula yang ucap terima kasih dekat anak. Sis Abby rendahkan ego, memang love,” tulis seorang netizen.

“Tak expect gambar last sekali tu. Semoga hubungan ibu dan anak baik-baik sahaja sehingga syurga Allah.

“Sesungguhnya syaitan atau iblis berasa kecewa dan sedih melihat manusia yang berjaya membina hubungan yang sangat baik. Alhamdulillah,” komen pengguna lain.

Terdahulu, Marissa memaklumkan rumah tangganya bersama Mohd Aslam dipercayai bakal berakhir apabila mendakwa mereka akan membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 sebagai isteri kedua.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

Must Watch Video

Advertisement