Skip to main content

Hiburan

Terima Komen Bakal Jadi ‘Next Rizalman’, Rico Rinaldi Tak Berkenan - “Aku Taktahu Dia Macam Mana, Tapi Mungkin..."

rizalman

Pereka fesyen, Rico Rinaldi kurang senang apabila ada pihak membandingkan dirinya dengan pereka tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim.

Menerusi satu perkongsian di platform Thread, Rico memuat naik tangkap layar komen seorang individu yang menyatakan dia melihat Rico sebagai ‘next Rizalman’.

rico

Advertisement

Walaupun membalas komen itu dengan ucapan ringkas demi menjaga hati individu berkenaan, Rico mengakui dia sebenarnya tidak selesa dengan komen seperti itu.

rico

“Aku baru je ada orang komen macam ni beberapa hari lepas, aku cuma mampu cakap amin (sebab tak nak sakiti hati orang). Tapi jujurnya aku tak berkenan komen macam tu.

“Aku tak tahu dia macam mana, tapi mungkin dia rasa dah ‘di atas’, tapi hakikatnya orang tak peduli pun. Bagi aku, kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam.

“Aku dah bertahun-tahun tak ada akses ke media sosial dia & terus terang aku tak kisah pun. Cuma tolonglah, jangan pandang perbuatan orang sebelah mata. Buka hati, buka minda. Gunakan pengaruh untuk sebarkan benda baik-baik, sama ada tentang bisnes atau isu semasa,” jelasnya.

Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, hantaran Rico itu secara tidak langsung mengundang spekulasi netizen yang mengaitkannya dengan kenyataan seorang pereka fesyen tersohor baru-baru ini yang juga hangat diperkatakan.

Terdahulu, nama Rizalman menjadi perhatian selepas berkongsi pandangan tentang kepentingan wanita ditemani mahram susulan laporan aktivis Zizi Kirana dan PU Rahmat yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF)ke Gaza.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement