Skip to main content

Hiburan

Terima Komen Negatif Tentang Jarak Kehamilan, Intan Najuwa Kongsi Proses Pemulihan Selepas ‘Czer’ Anak Pertama - “Saya Dipantau Oleh Pakar…”

ASTROGEMPAK Intan Najuwa

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa berkongsi pengalaman pemulihan selepas pembedahan Caesarean anak pertama dengan tinggal di wad selama dua minggu untuk pemantauan rapi.
  • Dia dijaga oleh pakar sakit puan, pasukan perubatan, ahli fisioterapi, dan dua penjaga pantang selama tiga bulan dengan diet sihat dan senaman ringan selepas enam bulan.
  • Intan menegaskan pentingnya mendapatkan nasihat doktor dan memahami bahawa pemulihan setiap wanita adalah berbeza sebelum merancang kehamilan seterusnya.
Advertisement

Menyedari terdapat komen negatif tentang jarak kehamilannya, pelakon Datin Intan Najuwa tampil berkongsi pengalaman dia melalui proses pemulihan selepas pembedaha Caesarean anak pertama. 

 

Advertisement

Menerusi Threads, Intan berkata selama dua minggu dia berada di wad selepas bersalin disebabkan suaminya mahu memastikan dirinya pulih dengan baik sebelum pulang ke rumah. 

 

“Pemulihan dan penjagaan selepas pembedahan Caesarean saya diambil dengan sangat serius. Sangat ketat dan terperinci. 

Advertisement

 

“Biasanya, ibu dibenarkan keluar selepas kira-kira 4–5 hari, tetapi saya tinggal di wad selama dua minggu kerana suami saya ingin memastikan saya pulih dengan baik sebelum pulang ke rumah,” kongsinya. 

 

Kata Intan lagi, sepanjang tempoh pemulihan itu juga dia dijaga dan dipantau rapi oleh pakar sakit puan, pasukan perubatan dan ahli fisioterapi selain mempunyai dua penjaga pantang atau ‘confinement lady’ yang tinggal bersama selama tiga bulan. 

 

“Saya dijaga oleh dua orang wanita yang menjaga waktu berpantang tinggal bersama saya selama tiga bulan untuk memastikan pemulihan saya berjalan lancar dan betul. 

 

“Diet saya dikawal ketat dan saya hanya dihidangkan makanan sihat dan kaya nutrien yang tinggi protein dan vitamin C untuk menyokong penyembuhan dalaman yang betul,” katanya lagi. 

 

Intan juga memulakan senaman ringan seperti Pilates selepas enam bulan bersalin selain meneruskan pemeriksaan susulan berkala dengan pakar sakit puan. 

 

“Untuk kehamilan kedua ini, pakar sakit puan saya telah menilai keadaan saya dan mengesahkan badan saya telah sembuh dengan baik dan saya sihat secara perubatan untuk kehamilan yang lain,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Intan juga memberitahu tubuh setiap wanita berbeza dan pemulihan juga tidak sama untuk semua orang. 

 

Menurut Intan, dia mengambil serius dalam penjagaan selepas bersalin dan memastikan keadaan dirinya bersedia untuk hamil lagi selain mempercayai nasihat doktornya. 

 

“Anda paling mengenali badan anda sendiri dan sentiasa penting untuk mendapatkan nasihat yang betul daripada doktor anda, bukan daripada orang lain. 

 

“Jika doktor anda mengesahkan anda cergas dan sihat, maka itulah yang penting. Pada akhirnya, anda merancang sendiri dengan lebih baik daripada orang lain,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement