Skip to main content

Hiburan

Terima Teguran Dengan Hati Terbuka, Nabila Huda Raih Pujian Selepas Pilih Pakaian Lebih Kemas Ketika Sedia Makanan

Astro Gempak 487

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda menerima pujian ramai kerana menerima teguran netizen dengan hati terbuka mengenai etika pemakaiannya ketika mengendalikan perniagaan pasta miliknya.
  • Netizen memuji sikap matang dan rasional Nabila yang cepat belajar dan membuat perubahan selepas ditegur.
  • Nabila sebelum ini kecewa apabila penampilannya ketika menyediakan makanan menjadi perhatian negatif di media sosial, namun kini tampil lebih kemas dan sopan.

Pelakon Nabila Huda meraih pujian ramai apabila menerima teguran netizen dengan hati terbuka berhubung etika pemakaiannya ketika mengendalikan perniagaan pasta miliknya.

Menerusi perkongsian dalam Threads, rata-rata netizen memuji sikap positif Nabila atau mesra disapa Abil yang disifatkan matang dan rasional dalam menerima kritikan.

“Ditegur netizen, tak memanjangkan cerita terus bertindak dengan rasional. Abil ni hatinya lembut, tegur cara elok dia boleh terima dengan baik dan buat perubahan.

“She is resilient, fast learning, street smart with high empathy. Semoga maju jaya perniagaan makanannya,” tulis seorang pengguna media sosial.

sfd

Terdahulu, Nabila memuat naik sebuah video memaparkan dirinya tampil lebih kemas dan sopan ketika menyediakan makanan dengan mengenakan apron selain memakai tag nama ‘Certifiedthypoidqueen’.

“She is ready,” tulisnya.

Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa kecewa apabila perniagaan kecil-kecilan menjual pasta yang diusahakannya menerima kecaman daripada segelintir netizen.

Menurutnya, dia tidak menyangka pemakaiannya ketika menyediakan makanan turut menjadi perhatian sehingga hangat diperkatakan dalam media sosial.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PerySmith Mini Rice Cooker Easycooking Series Q10

PerySmith Mini Rice Cooker Easycooking Series Q10

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

min Mini Rice Cooker (0.8L) 1-to-1 Warranty & Free Shipping 迷你电饭煲 [Periuk Nasi] Small & Compact

min Mini Rice Cooker (0.8L) 1-to-1 Warranty & Free Shipping 迷你电饭煲 [Periuk Nasi] Small & Compact

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Must Watch Video

Advertisement