Skip to main content

Hiburan

Teringat Golongan Kurang Bernasib Baik, Anzalna Nasir Cari Keluarga Memerlukan Sekitar KL - "Bila Tengok Hidangan Atas Meja..."

Anzalna Nasir

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan hasrat untuk membantu keluarga yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan. 

Menurut Anzalna, setiap kali tiba waktu berbuka puasa dia pasti teringat kepada golongan yang mungkin tidak berpeluang menikmati juadah yang sama.

“Setiap kali berbuka puasa, bila tengok hidangan atas meja, hati mesti teringat pada mereka yang mungkin tak dapat rasa benda yang sama,” kongsinya di Threads. 

Prihatin dengan keadaan tersebut, Anzalna meminta orang ramai untuk memaklumkan kepadanya sekiranya mengenali keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

Bagaimanapun, beliau memohon maaf kerana bantuan kali ini hanya tertumpu kepada kawasan Kuala Lumpur sahaja kerana dia ingin turun padang dan menyampaikan sendiri bantuan tersebut kepada keluarga yang terpilih.

“Kalau ada yang kenal keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan, boleh DM Anzalna atau maklumkan ya. Mohon maaf, kali ini sekitar kawasan KL sahaja sebab Anzalna sendiri nak turun padang dan sampaikan sendiri bantuan tersebut.

“Semoga sedikit usaha ini dapat ringankan beban mereka dan bagi rasa juadah yang sedap-sedap waktu berbuka,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement