Skip to main content

Viral

Terkejut Lihat Wajah Tanpa Filter Ketika Live, Influencer Kehilangan 140,000 Pengikut

Astro Gempak live filter

Sekilas

  • Seorang pempengaruh China kehilangan lebih 140,000 pengikut selepas filter kecantikan yang digunakannya hilang semasa siaran langsung, mendedahkan wajah sebenar yang berbeza daripada imej biasa.
  • Insiden itu berlaku ketika dia berinteraksi dengan pengikut yang menghantar hadiah maya bernilai kira-kira RM600, namun suasana menjadi kecoh apabila filter tiba-tiba tidak berfungsi.
  • Perkara ini mencetuskan perdebatan netizen tentang penggunaan filter kecantikan berlebihan dalam media sosial, dengan ada yang mengkritik dan ada yang mempertahankan amalan tersebut.
Advertisement

Seorang pempengaruh media sosial dari China menjadi bualan hangat selepas dilaporkan kehilangan lebih 140,000 pengikut hanya dalam tempoh beberapa jam selepas wajah sebenarnya didakwa terdedah ketika sedang bersiaran langsung.

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku apabila filter kecantikan yang digunakan pempengaruh berkenaan tiba-tiba mengalami gangguan teknikal sebelum hilang sepenuhnya ketika sesi siaran langsung berlangsung.

Advertisement

Sebelum kejadian itu, wanita terbabit dilihat berinteraksi mesra dengan seorang pengikut lelaki sambil membuat siaran secara langsung. Pengikut tersebut kemudiannya dilaporkan menghantar hadiah maya bernilai kira-kira 1,000 yuan (sekitar RM600) kepada pempengaruh berkenaan.

Bagaimanapun, suasana bertukar kecoh apabila filter yang digunakan secara tiba-tiba tidak berfungsi, sekali gus memaparkan wajah sebenar wanita tersebut kepada ribuan penonton yang sedang menyaksikan siaran berkenaan.

Ramai netizen terkejut apabila mendakwa terdapat perbezaan ketara antara penampilan yang biasa dipaparkan menerusi filter dengan wajah yang muncul di skrin ketika gangguan berlaku.

Antara aspek yang menjadi perhatian adalah tekstur kulit, bentuk wajah dan penampilan keseluruhan yang dilihat berbeza daripada imej yang sering dikongsikan sebelum ini.

Menyedari apa yang berlaku selepas membaca komen penonton, pempengaruh tersebut dilaporkan panik sebelum cuba mengaktifkan semula filter berkenaan.

“Aduh, filter kecantikan saya hilang!” katanya ketika siaran langsung tersebut.

Namun, situasi itu dikatakan telah mengubah persepsi sebahagian pengikutnya. Malah, individu yang sebelum itu menghantar hadiah maya turut dilaporkan meminta wangnya dipulangkan semula, namun permintaan tersebut ditolak oleh pempengaruh berkenaan.

Selepas klip video tersebut tular di media sosial, jumlah pengikut wanita itu dilaporkan merosot sehingga lebih 140,000 dalam masa yang singkat.

Insiden berkenaan turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai penggunaan filter kecantikan secara berlebihan dalam industri penstriman langsung dan media sosial.

Ada yang mengkritik tindakan tersebut kerana dianggap mewujudkan standard kecantikan yang tidak realistik, manakala sebahagian lagi tampil mempertahankan pempengaruh itu dengan menyatakan penggunaan filter sudah menjadi perkara biasa dalam dunia digital masa kini.
 

Anda mungkin berminat dengan

[Authentic] Durex Lube Intense Gel Lubricant 10ml

[Authentic] Durex Lube Intense Gel Lubricant 10ml

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

Must Watch Video

Advertisement