Skip to main content

Hiburan

Terkejut Tengok Jumlah Akaun Bank Cecah RM1 Bilion, Tindakan Jujur Individu Dipuji Ramai - “Bergegar Nyawa Tengok Duit Dalam Akaun”

Terkejut Tengok Jumlah Akaun Bank Cecah RM1 Bilion, Tindakan Jujur Individu Dipuji Ramai - “Bergegar Nyawa Tengok Duit Dalam Akaun”

Sekilas

  • Seorang lelaki bernama Wan Muhammad Fairus terkejut melihat jumlah RM1 bilion dalam akaun bank digitalnya akibat masalah teknikal.
  • Pihak bank mengesahkan ralat tersebut dan menyekat akaunnya sementara sebelum membatalkan transaksi palsu itu.
  • Fairus tidak menggunakan wang tersebut dan sedang menunggu makluman lanjut dari pihak bank mengenai ganjaran yang dijanjikan.
Advertisement

Di Threads, tular satu kejadian unik menimpa seorang lelaki yang terkejut melihat julah wang sebanyak RM1 bilion berada di dalam akaun perbankan digital atas talian miliknya.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki yang bernama Wan Muhammad Fairus itu tampil memuat naik tangkap layar memaparkan angka tersebut.

Advertisement

Menurut Fairus, dia sangat terkejut selepas melihat angka sebanyak 10 digit itu berada dalam akaun bank digital atas taliannya.

“Duit apa ini? Bergegar nyawa tengok duit dalam akaun banyak gila,” luahnya.

Dalam pada itu, pengurus klinik yang berusia 33 tahun ini berkata dia menyangka bahawa berlakunya ralat namun tidak menyangka angka tersebut kekal berada dalam akaun bank digitalnya itu.

Advertisement

"Waktu itu saya dalam bilik tidur sedang mahu membuat transaksi, tidak silap duit dalam akaun cuma ada bawah RM1,000 sahaja. Bila buka dan tekan ikon sembunyikan baki, saya terkejut tengok ada jumlah yang terlalu banyak macam itu.

"Saya memang terkejut! Tangan saya pun menggeletar pegang telefon. Saya cuba log keluar dan masuk balik, duit itu masih ada.

"Bila tengok penyata bank dan tanya ChatGPT berapa jumlah angka itu, baru tahu nilainya mencecah RM1 bilion," katanya.

Mengulas lanjut, Fairus memaklumkan dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk menggunakan wang tersebut kerana sedar ia bukanlah haknya.

"Selepas hubungi pihak bank, mereka maklumkan berlaku masalah teknikal dan menyekat sementara akaun saya hingga jam 4 petang semalam (Rabu).

"Semuanya selesai apabila pihak bank membuat pembatalan semula transaksi dan wang asal saya di dalam akaun tidak terjejas.

"Pihak bank ada memaklumkan mahu beri ganjaran, tetapi saya belum terima dan tidak tahu ganjaran apa. Mungkin kena tunggu makluman melalui e-mel atau pengumuman daripada mereka nanti," katanya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement