Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Terlampau Banyak Maki Hamun, Ada Sentuh Ibu Bapa & Maruah Saya” - Eyra Rahman

Eyra Rahman

Sekilas

  • Pengarah Eyra Rahman akui tertekan dengan kontroversi drama Madu Atau Racun yang dihentikan sementara untuk proses tapisan semula.
  • Eyra terima pelbagai kecaman termasuk yang menyentuh maruah dan ibu bapanya, namun dia bersyukur dan anggap ada hikmah di sebalik kejadian.
  • Dia berjanji akan lebih berhati-hati memilih karya terutama yang melibatkan isu sensitif selepas ini.
Advertisement

Pengarah Eyra Rahman mengakui dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda naskhah tersebut, namun percaya ada hikmah di sebalik drama berkenaan dihentikan sementara.

 

Advertisement

Menurut Eyra, 44, dia tidak dapat mengulas panjang mengenai perkara tersebut memandangkan proses tapisan masih sedang dijalankan.

 

“Tipulah kalau tak tertekan, tetapi mungkin ada hikmah dan asbab benda itu terjadi.

Advertisement

 

“Saya tak boleh jawab panjang sangat sebab perkara ini masih dalam proses tapisan dan melibatkan banyak pihak termasuk kementerian,” katanya kepada Gempak.

 

Eyra ditemui ketika menghadiri acara Watchparty drama Bulan Henti Bicara di Lamanz D Putra, Putrajaya pada Rabu.

 

Dalam pada itu, Eyra mengakui menerima pelbagai kecaman dan makian susulan kontroversi yang tercetus membabitkan drama berkenaan.

 

Malah, ada antara kecaman tersebut yang turut menyentuh ibu bapa serta maruahnya.

 

“Terlampau banyak maki hamun, malah ada yang menyentuh ibu bapa dan maruah saya. Tetapi saya bersyukur, Allah ada, insya-Allah,” ujarnya.

 

Menurut Eyra, apa yang berlaku turut memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam memilih karya pada masa akan datang.

 

Malah, dia tidak menolak kemungkinan akan berfikir dua atau tiga kali sebelum menerima naskhah yang menyentuh isu sensitif.

 

“Benda pun sudah berlaku. Jadi mungkin selepas ini, kalau ada apa-apa karya yang melibatkan isu sangat sensitif, saya akan fikir dua atau tiga kali sebelum mengambil karya tersebut,” jelasnya.

 

Sebelum ini, drama bersiri yang ditayangkan menerusi platform penstriman iQIYI itu mencetuskan kontroversi di media sosial susulan penularan beberapa babak yang didakwa memaparkan hubungan sesama jantina.

 

Paparan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang menggesa supaya drama berkenaan diboikot.

 

Susulan kontroversi itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meminta pihak iQIYI menurunkan keseluruhan tayangan drama berkenaan bagi membolehkan proses suntingan semula dilakukan terhadap kesemua 12 episod.

 

Madu Atau Racun dibintangi Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement