Skip to main content

Hiburan

Tersenarai Artis Tak Pandai Menyanyi, Nabila Razali Dah Lali Dikecam - "Terima Kasih Sudi..."

Tersenarai Artis Tak Pandai Menyanyi, Nabila Razali Dah Lali Dikecam - "Terima Kasih Sudi..."

Sekilas

  • Nabila Razali menganggap kritikan terhadap bakat nyanyiannya sebagai perkara biasa yang perlu dihadapi oleh anak seni.
  • Beliau mengakui suara sedap atau tidak adalah subjektif dan setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri.
  • Nabila menerima kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri dan terus berusaha menjadi lebih baik.
Advertisement

Penyanyi, Nabila Razali menganggap ‘posting’ seorang wargamaya yang menyenaraikan tiga penyanyi didakwa tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian sebagai satu lumrah yang perlu dihadapi setiap anak seni.

Menurut Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, dia juga sudah biasa dikaitkan dengan perkara sebegitu sepanjang berada dalam industri hiburan.

Advertisement

“Saya rasa perkara ini dah berlaku agak lama. Sejak saya dalam industri ini, komen sebegitu saya tak dapat nak elak dan kalau ada apa-apa jadi, mesti terpalit dengan Nabila Razali.

“Kadang-kadang tak ada benda yang buruk pun berlaku, tapi disebabkan kemenangan orang lain ke apa ke, orang mesti kaitkan dengan saya juga.

“Contohnya ada yang kata, ‘Macam inilah sepatutnya yang jadi pemenang, bukannya Nabila Razali’. Sedangkan kita patut raikan kemenangan seseorang,” katanya kepada Gempak.

Tambah Nabila, dia berpendapat bahawa kelunakan dan kesedapan suara seseorang penyanyi merupakan satu perkara yang subjektif kerana  setiap individu mempunyai cita rasa masing-masing.

“Memang betul apa yang orang cakap kita tak boleh nak kawal dan kalau dari segi muzik, sedap dan sebagainya, itu semua subjektif.

“Masing-masing ada cita rasa yang tersendiri, dan masing-masing pun mungkin dah akil baligh, boleh buat pilihan sendiri.

“Sekiranya kita tida gemarkan sesuatu, kita boleh je pilih benda yang lain. Tapi sekiranya kita suka, teruskan mendengar, teruskan support,” katanya lagi.

Ditanya adakah dirinya terkilan dengan hantaran tersebut, pelantun lagu Peluang Kedua ini mengakui berasa sedikit terkilan namun nekad menjadikan posting tersebut sebagai satu pembakar semangat.

“Saya teima apa juga kritikan sebagai pembakar semangat dan sebagai satu pengajaran juga untuk saya pelajari.

“Bila dia kata suara saya tak sedap, mungkin itu juga akan membuatkan saya improve diri saya untuk menjadi yang lebih baik.

“Jadi, saya hargai dan terima kasih kerana sudi menegur saya. Saya akan cuba improve apa yang kurang daripada saya,” tambahnya.

Terdahulu, seorang wargamaya menyorot perhatian apabila berkongi pendapat peribadinya mengenai selebriti Malaysia yang didakwa tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan menyenaraikan tiga artis Malaysia yang tidak boleh menyanyi disebabkan tak mempunyai suara merdu.

“Tiga artis Malaysia yang tak boleh menyanyi dan suara tak sedap. 1) Nabila Razali, 2) Elizabeth Tan, 3) Daiyan Trisha,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement