Skip to main content

Hiburan

“Tertunailah Sudah Apa Yang Kami Hajatkan” - Kismah Johar Gembira Bella dan Syed Saddiq Selamat Bernikah

“Tertunailah Sudah Apa Yang Kami Hajatkan” - Kismah Johar Gembira Bella dan Syed Saddiq Selamat Bernikah

Sekilas

  • Pelakon veteran Kismah Johar gembira melihat Bella Astillah dan Syed Saddiq akhirnya disatukan sebagai suami isteri.
  • Beliau berkata pernikahan pasangan itu dinanti-nantikan bukan sahaja oleh keluarga tetapi juga rakyat Malaysia yang mendoakan kebahagiaan mereka.
  • Kismah menasihati pasangan pengantin supaya mengamalkan kesabaran dan sikap bertolak ansur untuk memastikan rumah tangga harmoni.
Advertisement

Pelakon veteran, Kismah Johar meluahkan rasa gembira melihat pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri.

Menurutnya, pernikahan Bella dan Syed Saddiq merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh mereka yang rapat dengan pasangan itu, malah rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.

Advertisement

“Saya rasa sangat gembira dan mengucapkan selamat pengantin baharu. Semoga kedua-duanya kekal bahagia hingga ke jannah.

“Memang kami sentiasa mendoakan mereka berdua supaya orang kata diijabkabulkan. Alhamdulillah, hari ini tertunailah sudah apa yang kami hajatkan dan begitu juga seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Kismah atau lebih mesra disapa sebagai Mak Jah turut menitipkan pesanan buat pasangan mempelai tersebut.

Advertisement

Katanya, kesabaran dan sikap bertolak ansur merupakan antara perkara penting yang perlu diamalkan dalam kehidupan berumah tangga bagi memastikan hubungan suami isteri terus harmoni.

“Orang kata sentiasa bersabar, kemudian faham-memahami antara satu sama lain. Rasanya daripada pandangan saya, mereka pasangan yang sangat romantis dan sangat memahami antara satu sama lain.

“Rasanya tak ada masalah pada mereka dan apa-apa yang kecil-kecil itu, seperti yang Cik Awang cakap tadi, kita cepat-cepat perbaiki dan cepat-cepat bermaaf-maafan antara satu sama lain,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement