Sekilas
- Pelakon Kamal Adli berseloroh mengenai hubungan sensasi antara Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob menerusi komen yang mengaitkan bait lirik lagu Fazley, "Asmara Ini."
- Komen Kamal itu mendapat perhatian netizen dengan lebih 3,600 tanda suka di ruangan komen portal hiburan.
- Fazley berkongsi bahawa Vida akan terus menghubunginya jika dia lewat membalas mesej serta menekankan pentingnya mengekalkan panggilan manja dalam hubungan untuk elak salah faham.
Pelakon Kamal Adli menyorot perhatian apabila sekali lagi berseloroh mengenai hubungan sensasi melibatkan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida bersama penyanyi yang cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.
Menerusi hantaran dibuat sebuah portal hiburan, Kamal dilihat memberikan respon terhadap perkongsian Fazley yang mengatakan Vida akan menghubungi jika lewat membalas mesej.
Menerusi komen yang ditulis, Kamal berseloroh mengaitkan situasi itu dengan bait lirik lagu Asmara Ini yang merupakan nyanyian asal Fazley sendiri.
“Betul la asmara ini hanyutkan kita,” seloroh Kamal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dan setakat artikel ini ditulis, komen Kamal itu telah meraih lebih 3,600 tanda suka.
Terdahulu, Fazley mendedahkan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman akan terus menghubunginya jika dia lewat membalas mesej di WhatsApp.
Dalam masa sama, Fazley turut berkongsi pandangannya mengenai kepentingan mengekalkan panggilan manja dalam sesebuah hubungan.
Menurutnya, pasangan yang sudah terbiasa memanggil gelaran seperti “sayang” atau “baby” berisiko menimbulkan salah faham sekiranya bertukar kepada panggilan nama secara tiba-tiba.
Sumber: Threads