Syarikat Hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro melakar sejarah apabila berjaya merangkul 16 anugerah pada Asian Academy Creative Awards 2025 (AAA 2025).
Kategori yang telah dimenangi oleh Astro antaranya adalah Best General Entertainment Programme, Best Entertainment Host, Best Branded Programme, Best Actress In A Leading Role dan Best Game Or Quiz Programme.
Advertisement
Sementara itu, Astro Shaw juga berjaya membawa pulang anugerah menerusi filem Keluang Man yang memenangi anugerah Best Visual Or Special FX (TV Or Feature Film) dan Project: Exit lakonan Mierul Aiman merangkul anugerah Best Sound - Audio Aficionado.
Berikut merupakan senarai penuh anugerah yang telah dimenangi Astro di Asian Academy Creative Awards 2025:
1. Best General Entertainment Programme - Gegar Vaganza 11
2. Best Entertainment Host - Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 11)
3. Best Actress In A Supporting Role - Sharifah Sakinah
4. Best Branded Programme - Konsert Countdown MeleTOP 2025
5. Best Sound - Audio Aficionado (Project: Exit)
6. Best Visual Or Special FX (TV Or Feature Film) - Keluang Man
7. Best Music Or Dance Programme - Big Stage Alpha
8. Best Non-Scripted Enteresan - Big Stage Alpha
9. Best Single Drama, Telemovie Or Anthology Episode - Rapun
10. Best Actress In A Leading Role - Michelle Yim
11. Best Actor/Actress In A Comedy Role - Lynn Lim
12. Best Adaptation Of An Existing Format (Scripted) - Step Dave (Malaysia)
13. Best Factual Presenter - Boey Leong (Prime Talk)
14. Best Game Or Quiz Programme - SME S.W.A.T
15. Best Infotainment Programme - Boss, Welcome Aboard!
16. Best Theme Song (Or Title Theme) - Bukan Lagi Kita
Anda boleh menyaksikan drama dan program ini menerusi medium penstriman Astro Go dan Sooka.
Sebagai pemain utama dalam industri ini, Astro terus berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman kandungan premium kepada pelanggannya.
Anugerah ini juga adalah bukti komitmen Astro yang teguh untuk menaikkan standard penyiaran tempatan dan mencipta kandungan luar biasa yang menarik minat penonton dan menginspirasi industri.
Astro akan mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini bagi bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia-Pasifik.
Asian Academy Creative Awards 2025 akan berlangsung di Capitol Theater, Singapura pada 4 Disember ini dan Astro akan bersaing untuk memenangi trofi emas AAA yang berprestij.