Skip to main content

Hollywood

Tetamu Taylor Swift & Travis Kelce Didakwa Dapat Beg Dior, Jam Cartier Siap Ada Kereta Klasik!

ASTRO GEMPAK travis

Sekilas

  • Majlis resepsi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden diubah menjadi malam permainan interaktif dengan hadiah mewah seperti jam tangan Cartier, beg Chanel dan Dior, serta sebuah kereta klasik Chevrolet Chevelle SS Convertible 1970.
  • Ruang majlis dihias seperti hutan fantasi dan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk selebriti terkenal seperti Selena Gomez, Jennifer Lopez, dan Adam Sandler yang mengendalikan majlis.
  • Pasangan ini memilih adik lelaki Taylor sebagai Man of Honor dan abang Travis sebagai Best Man, manakala semua tetamu menerima cenderahati eksklusif sapu tangan bersulam dengan lirik lagu Taylor Swift.

Kalau sudah namanya Taylor Swift dan Travis Kelce, memang majlis perkahwinan mereka bukan calang-calang! Pasangan selebriti terkenal dunia itu bukan sahaja meraikan tetamu dengan majlis resepsi yang cukup mewah, malah turut menghadiahkan pelbagai barangan eksklusif menerusi cabutan bertuah sehingga ramai menganggap ia umpama menghadiri rancangan permainan berprofil tinggi.

Taylor dan Travis yang kedua-duanya berusia 36 tahun memilih untuk mengubah resepsi perkahwinan mereka di Madison Square Garden, New York pada 3 Julai lalu menjadi malam penuh permainan interaktif, lapor AOL.

Menuurut laporan, tetamu dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti skee-ball, golf mini dan permainan membaling gelang ke sasaran bola sepak. Setiap kemenangan membolehkan mereka mengumpul tiket cabutan bertuah untuk merebut hadiah-hadiah luar biasa.

Antara hadiah paling menjadi rebutan adalah jam tangan Cartier serta beg tangan berjenama mewah seperti Chanel dan Dior Saddle Bag yang dilaporkan bernilai antara AS$2,150 hingga AS$7,500 (sekitar RM9,000 hingga RM31,000) seunit.

Namun, hadiah paling mengejutkan pastinya sebuah Chevrolet Chevelle SS Convertible 1970 yang lengkap dengan nombor pendaftaran khas "JST&T MRD".
Kereta klasik itu mempunyai nilai sentimental buat pasangan tersebut kerana menyerupai kereta vintaj yang pernah dipandu Kelce  selepas Swift hadir memberikan sokongan sewaktu perlawanan pertama Kansas City Chiefs yang disaksikannya pada September 2023. Momen itu menjadi antara detik awal hubungan cinta mereka mendapat perhatian dunia.

Walaupun identiti pemenang hadiah-hadiah mewah itu tidak didedahkan, setiap tetamu tetap membawa pulang cenderahati istimewa.

Penyanyi country Maren Morris mendedahkan semua tetamu menerima sapu tangan bersulam eksklusif yang memaparkan tarikh dan lokasi perkahwinan pasangan itu, selain disertakan lirik khas daripada lagu hit Taylor, Blank Space (2014) berbunyi, "So it's going to be forever…”.

Resepsi itu berlangsung selepas upacara perkahwinan romantis mereka yang dikatakan menyaksikan keduanya saling melafazkan ikrar cinta selama hampir 20 minit di hadapan kira-kira 1,000 tetamu.

Ruang Madison Square Garden pula diubah menjadi sebuah hutan fantasi yang memukau, sekali gus menjadikan suasana majlis bagaikan dalam kisah dongeng. Pelawak terkenal Adam Sandler dilaporkan mengendalikan majlis perkahwinan tersebut, manakala pasangan itu memilih untuk tidak mempunyai rombongan pengiring pengantin seperti kebiasaan.

Sebaliknya, adik lelaki Taylor, Austin Swift, memainkan peranan sebagai Man of Honor, sementara abang Travis, Jason Kelce, menjadi Best Man. Majlis berprestij itu turut dihadiri deretan selebriti terkenal termasuk Selena Gomez, Gigi Hadid, Jennifer Lopez, Bradley Cooper, Tom Brady, Steven Spielberg, Jessica Alba, Hugh Grant, Chris Rock, Michael Strahan, Stephen A. Smith, Laura Dern dan Ethan Hawke.

Sementara itu, ibu Travis, Donna Kelce, hanya mampu menggambarkan hari bahagia anaknya dengan satu perkataan ketika ditemui media. "Saya tak boleh berkongsi banyak, tetapi ia benar-benar magis. Sangat magis,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement