Skip to main content

Hiburan

Tetap Berlatih Walaupun Tak Sihat, Mimi Fly Puji Kesungguhan Mila Mohsin Di PLGLM – “Dia Memang Ada Aura Puteri Dan..."

Tetap Berlatih Walaupun Tak Sihat, Mimi Fly Puji Kesungguhan Mila Mohsin Di PLGLM – “Dia Memang Ada Aura Puteri Dan..."

Sekilas

  • Mimi Fly memuji sikap tenang dan fokus Mila Mohsin walaupun menerima kecaman bertubi-tubi semasa latihan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.
  • Mila tetap bersemangat dan tidak mengeluh walaupun kadang-kadang sakit ketika latihan, menunjukkan aura seorang puteri dan pejuang.
  • Persembahan Mila mendapat pujian kerana keanggunan dan penghayatan yang mendalam, melebihi jangkaan penonton.
Advertisement

Penyanyi Mimi Fly memuji sikap pelakon Mila Mohsin yang kekal tenang berdepan kecaman dan memberikan sepenuh tumpuan ketika latihan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL).

Menerusi perkongsian di Threads, Mimi berkata, Mila tidak melatah meskipun menerima kritikan bertubi-tubi.

“Mila sangat hebat. Masa kena kecam bertubi-tubi, dia tenang sahaja. Dia tidak melatah.

“Setiap kali latihan, dia sangat fokus. Kadang-kadang dia tidak sihat dan sakit-sakit, tetapi sedikit pun tidak mengeluh,” tulisnya.

Menurut Mimi, Mila bukan sahaja memiliki aura seorang puteri, malah mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Dia memang ada aura puteri dan seorang pejuang. Saya sangat gembira apabila anda semua turut melihat keistimewaan dirinya.

“Mimi masa tengok dia berlatih asyik menangis sebab memang penuh penghayatan,” katanya.

Perkongsian tersebut dibuat sebagai respons kepada seorang pengguna yang bertanyakan mengenai persembahan Mila selepas tidak berpeluang menyaksikan pementasan berkenaan.

Individu itu ingin mengetahui sama ada lakonan Mila melebihi jangkaan penonton, selain memuji keanggunan pelakon tersebut.

“Saya antara yang tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang menonton PGL. Jadi saya ada soalan yang sangat berharap dapat dijawab, adakah Mila melebihi jangkaan?

“Saya memang mahu melihat persembahannya kerana keanggunan yang ditonjolkan benar-benar seperti seorang puteri,” tulis pengguna berkenaan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Must Watch Video

Advertisement