Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa masih meletakkan harapan terhadap rumah tangganya dengan isteri iaitu pempengaruh, Aireena Sofia atau lebih dikenali sebagai Jane.
Haqiem memberitahu setiap hari dia akan mencuba sebaik yang mungkin untuk memujuk hati isteri dan berharap diberikan peluang kedua.
“Setiap hari saya cuba pujuk dia. Saya memang akan call, mesej dia banyak kali walaupun dia tak ada beri respons.
“Saya memang sehabis baik untuk pujuk dan berharap hatinya terbuka untuk berikan peluang kedua kepada saya.
“Saya tetap mahu pertahankan rumah tangga kami. Lagipun perkahwinan kami baru saja setahun… masih baru lagi,” kata Haqiem ketika dihubungi Gempak.
Difahamkan Aireena sudah memfailkan perceraian terhadap Haqiem di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 6 November.
Mahkamah pada Isnin memutuskan pasangan itu melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Kedua-dua pihak diarahkan melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hadir pada 13 Januari ini.
Dalam pada itu, Haqiem mengakui kesilapannya yang membuatkan isterinya mengambil keputusan untuk bercerai.
“Saya nak perbetulkan fakta, bukan saya check in berdua dengan perempuan. Tapi saya lepak dengan ramai-ramai cuma kesilapan saya pergi lepak dalam rumah itu yang saya seorang saja berstatus suami orang.
“Saya memang mengakui kesilapan itu dan memang menyesal dengan apa yang terjadi. Tapi saya mahu perbetulkan kesilapan itu dan berharap Jane berikan saya peluang kedua,” ujarnya.