Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Thalita Terima Baik Setiap Teguran - “Saya Mengambil Iktibar”

ASTROGEMPAK Thalita

Sekilas

  • Thalita, 13, menerima teguran netizen mengenai pakaian yang digayakan dan berjanji akan berpakaian lebih sopan serta bertudung kelak.
  • Bapanya, pelawak Shuib, sudah menegur dan memastikan perkara sama tidak akan berulang dengan tindakan tegas selepas itu.
  • Ibu tiri Thalita, Watie Hanifiah, mengakui kekhilafan dalam pemilihan busana dan menerima teguran sebagai pengajaran bersama.
Advertisement

Penyanyi Thalita mengsmbil iktibar selepas pakaian yang digayakan baru-baru ini mendapat kritikan daripada netizen. 

 

Advertisement

Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, berkata dia menerima baik setiap teguran dan berharap orang ramai terus mendoakan perubahan dirinya ke arah lebih baik.

 

“Saya mengambil iktibar dan berterima kasih kepada sesiapa yang tegur saya. 

 

“Insya-Allah doakan saya supaya dapat berpakaian lebih sopan dan bertudung kelak,” katanya.

Advertisement

 

Thalita berkongsi perkara itu ketika menghadiri acara Gempak Most Wanted Award 2025 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

 

Mengakui sudah menegur Thalita pada hari kejadian, bapanya yang juga pelawak, Shuib menegaskan perkara tersebut tidak akan berulang. 

 

“Insya-Allah tidak akan berulang lagi. Sebagai ayah sudah tentu saya sangat ambil berat. Pada hari kejadian saya sudah beri teguran.

 

“Saya jenis yang beri reaksi lembut, tapi ada tindakan berat selepas itu,” katanya.

 

Dalam pada itu, ibu tirinya, Watie Hanifiah turut mengakui terdapat kekhilafan daripada pihaknya berhubung pemilihan pakaian berkenaan.

 

Menurut Watie, dia yang menguruskan busana Thalita pada hari tersebut dan tidak menyalahkan pereka fesyen kerana rekaan itu adalah atas permintaan mereka sendiri.

 

Malah dia juga menerima teguran dengan hati terbuka termasuk nasihat suaminya dan menyampaikan perkara itu kepada Thalita sebagai satu bentuk pengajaran bersama.

 

“Daddy (panggilan Shuib) sudah tegur sebaik tiba di lokasi dan terkejut melihat pakaian tersebut. Namun teguran dibuat secara lembut kerana kami berada di acara dan tidak mahu mengganggu suasana.

 

“Bila balik ke rumah, Shuib beritahu tidak mahu Thalita memakai rekaan seperti itu lagi.

"Bila berdua dengan Thalita, saya beritahu daddy tegur tentang pakaiannya. Kami semua ambil iktibar daripada kejadian ini,” jelasnya.

 

Pada 1 Februari lalu, Thalita dilihat anggun mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan off-shoulder semasa acara gender reveal.

 

Perkara itu mengundang kecaman ramai yang berharap agar ibu bapanya memantau penampilan Thalita yang masih remaja.

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

Must Watch Video

Advertisement