Skip to main content

Hiburan

“Threads Itu Tak Ada Kena-Mengena Dengan Bern” – Diana Danielle

“Threads Itu Tak Ada Kena-Mengena Dengan Bern” – Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle jelaskan perkongsiannya tentang kesungguhan lelaki dalam hubungan bukan berkaitan dengan kekasihnya, Bern.
  • Dia hargai sokongan Bern yang sentiasa ada tanpa cuba mencuri perhatian, terutama ketika kerja dan pulang lewat malam.
  • Diana juga kongsi perancangan ke arah perkahwinan masih dalam pertimbangan, sambil fokus pada keluarga dan masa depan stabil.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle menjelaskan perkongsiannya mengenai kepentingan kesungguhan seorang lelaki dalam sesebuah hubungan sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan kekasihnya, Bern.

Menurut Diana, perkongsian tersebut sekadar pandangan berdasarkan corak hubungan yang sering dilihatnya, selain pengalaman rakan-rakan yang meminta nasihat mengenai masalah percintaan.

“Saya nak betulkan sedikit, saya pernah buat satu Threads tentang lelaki yang bersungguh-sungguh. Ada yang kata, ‘Oh dah tak ada dengan Bern sekarang?’. Tak, tak ada kena-mengena pun dengan Bern.

“Bagi saya, kalau lelaki bersungguh-sungguh, maksudnya hubungan itu boleh bertahan. Tapi kalau tidak bersungguh-sungguh, benda itu tak mampu sebab perempuan bukan ‘captain of the ship’,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem TERBANG di TGV KLCC, malam tadi.

Mengulas mengenai hubungannya dengan Bern, Diana bersyukur kekasihnya sentiasa memberikan sokongan termasuk hadir menemaninya dalam urusan kerja tanpa cuba mencuri perhatian.

“Saya sangat hargai setiap kali dia hadir dan beri sokongan tetapi dia masih di belakang. Maksudnya dia bukan cuba nak curi ‘spotlight’ atau ke depan.

“Bukan pada hari-hari senang sahaja, ketika saya menjalani penggambaran dan perlu pulang lewat malam seorang diri, dia masih ada. Bagi saya, itu membuktikan dia seorang lelaki yang saya boleh harapkan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Diana menegaskan semangatnya untuk terus bekerja dan membina masa depan lebih stabil datang daripada anak-anak serta keluarga, bukan bergantung sepenuhnya kepada pasangan.

“Semangat bekerja datang daripada anak-anak dan untuk membina masa depan yang lebih stabil sebab saya ada keluarga yang memerlukan saya.

“Selagi dia hanya teman, bagi saya semangat dan visi tentang masa depan itu 100 peratus daripada keluarga, anak-anak dan diri sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya, Diana tidak menafikan perkahwinan menjadi hala tuju hubungan tersebut namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Bila dah ada kad, saya edarkan. Perancangan itu sebenarnya ada. Bila kita mula berkawan pun, kita berkawan untuk ke arah mana?

“Sudah tentu ke arah perkahwinan dan jenjang pelamin tetapi ada banyak perkara yang saya perlu fikirkan, jadi kena lebih strategik,” jelasnya.

Sebelum ini, Diana menerusi Threads berpendapat kesungguhan seorang lelaki menjadi antara perkara penting dalam memastikan sesebuah hubungan cinta atau perkahwinan mampu bertahan.

Menerusi perkongsian sama, Diana berkata, wanita tidak seharusnya menjadi satu-satunya pihak yang bersungguh-sungguh sekiranya pasangan lelaki menunjukkan sikap sambil lewa terhadap hubungan.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang persoalan segelintir pihak mengenai status hubungannya dengan Bern sehingga ada yang menyangka kenyataan berkenaan mempunyai kaitan dengannya.

Menerusi perkembangan lain, Diana turut membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Dalam filem tersebut, Diana membawakan watak Marini, seorang ibu tunggal yang mempunyai kisah silam berkait dengan dunia perlumbaan.

TERBANG yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan dan Nam Ron bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

(Refine by Lovito) Casual Top Ruffle Hem Spring/summer Black and White Top for Women LR12A232 (Refine by Lovito) Ruffle Ruffle Hem Koanga/raumati Top Pango me te Ma mo nga Wahine LR12A232

(Refine by Lovito) Casual Top Ruffle Hem Spring/summer Black and White Top for Women LR12A232 (Refine by Lovito) Ruffle Ruffle Hem Koanga/raumati Top Pango me te Ma mo nga Wahine LR12A232

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Must Watch Video

Advertisement