Sekilas
- Sharul Kamal berkongsi foto kenangan menyertai Akademi Fantasia 2015 sambil meluahkan keterujaan menonton Gegar Vaganza Fantasia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
- Perkongsian Sharul mendapat reaksi lucu netizen yang mengusiknya berkaitan wataknya sebagai Sarjan Hassan dalam drama Kudrat 1968.
- GV13 menampilkan barisan peserta popular dan akan disiarkan selama 11 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Penyanyi dan pelakon, Sharul Kamal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi foto kenangan ketika menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) pada 2015, sekali gus mengimbau kembali memori 11 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Sharul meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan program Gegar Vaganza Fantasia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Malah, Sharul juga menyifatkan kemunculan program itu sebagai mengembalikan demam AF dalam kalangan peminat.
“Tak sabar nak tengok Gegar Vaganza Fantasia. Demam AF kembali. Throwback sikit Akademi Fantasia 2015. 11 tahun lepas. Rindu ahhhh,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengusik Sharul yang memegang watak Sarjan Hassan dalam drama fenomena, Kudrat 1968.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ada netizen berseloroh meminta Sharul menyelesaikan siasatan kes Mazli terlebih sebelum mengenang kembali zaman AF.
“Sarjan Hassan graduated AF, hampir lupa heheehe ingat dia abang Nuha je hehehehe”
“Yang nie sebelum jadi polis kan?”
“Bang kes Mazli tu setelkan dulu bang”
“Gambar polis Kudrat x ada ke bang? Haha”
Sekadar info, GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.