Tiada hujan, tiada ribut, pelakon Meerqeen tiba-tiba mengumumkan bahawa dirinya mahu berehat seketika daripada media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh dia berehat, segala kemas kini di media sosialnya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
Advertisement
“Saya tidak akan berada di sini untuk sementara waktu. Pasukan saya akan terus menguruskan segala urusan seperti biasa,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat serta rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan pesanan dan doa agar pelakon drama popular Melur Untuk Firdaus itu berada dalam keadaan baik.
Walaupun tidak menjelaskan punca sebenar keputusannya untuk berehat, peminat tetap menzahirkan harapan agar Meerqeen mengambil masa yang diperlukan untuk menenangkan fikiran dan kembali dengan semangat baharu.

