Skip to main content

Hollywood

Tiada ‘Getaran Cinta’, Tom Cruise & Ana de Armos Bukan Lagi Pasangan Kekasih

cruise_ana

Hubungan asmara di antara pesohor Tom Cruise dan aktres Ana de Armos sudah berakhir hanya selepas sembilan bulan bersama.

Pasangan selebriti itu pertama kali dikaitkan menjalin hubungan pada Februari lalu selepas dilihat menghabiskan masa bersama sewaktu Hari Kekasih.

Advertisement

Namun sumber mengatakan Cruise, 63, dan Ana, 37, telah berpisah kerana sudah tidak mempunyai ‘getaran cinta’ atau spark selepas menikmati hubungan sebagai pasangan kekasih tidak sampai setahun.

“Mereka menghabiskan waktu yang baik bersama namun sebagai pasangan kekasih, kini keduanya tidak lagi berasa ada getaran cinta,” ujar sumber seperti dilaporkan The Sun.

Meski tidak lagi menjadi pasangan kekasih, keduanya meneruskan hubungan sebagai rakan baik. Pelakon Knives Out itu malah dikatakan akan terlibat dalam projek terbaharu bersama bintang Mission Impossible itu.

“Hubungan cinta mereka mungkin berakhir tetapi Cruise dan Ana akan tetap bersahabat. Mereka sangat terbuka dan matang sehingga masih boleh bekerjasama,” ujar sumber itu lagi.

Must-Watch Video

Advertisement