Skip to main content

Hiburan

Tiada Lagi ‘Screen Time’, Ayda Jebat Kongsi Perubahan Anak Lepas 11 Hari Tanpa Gajet – “Sumpah Tak Tipu, Memang Nampak Beza…”

ASTROGEMPAK Ayda

Sekilas

  • Ayda Jebat berkongsi perubahan positif anak keduanya, Aali Mateen, selepas 11 hari tanpa penggunaan gajet langsung.
  • Tanpa skrin, Aali kini lebih mudah diurus, mula bercakap, dan menunjukkan tingkah laku yang lebih baik.
  • Ayda menasihatkan ibu bapa supaya bertegas dengan keluarga terutama datuk nenek agar usaha kurangkan gajet tidak terganggu.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi perubahan positif yang berlaku terhadap anak keduanya, Aali Mateen, selepas 11 hari tanpa sebarang penggunaan gajet.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda mendedahkan anaknya kini menunjukkan perubahan tingkah laku yang sangat ketara apabila tidak lagi terdedah kepada skrin seperti televisyen atau telefon bimbit.

 

“Saja share. Hari ini hari ke-11 dedek tak tengok TV. No screen time at all! 

 

“Sebab kita perasan bila dia tengok TV, dia akan cepat tantrum, menjerit, susah nak dengar cakap, tak fokus, nak suruh duduk sekejap pun memang tak boleh. 

 

“Mungkin terlebih rangsangan sebab terlalu banyak screen time?” kongsinya. 

 

Namun selepas menghentikan penggunaan skrin sepenuhnya, Ayda mengakui anaknya kini jauh lebih mudah diurus dan mula menunjukkan perkembangan yang menggembirakan.

 

“Sumpah tak tipu, sekarang nampak berbeza sangat bila tak ada screen time. Masya-Allah, dah mula bercakap, bila kita cakap dia dengar dan respons, ikut, senang nak handle.

 

“Korang cubalah kalau anak cepat tantrum, insya-Allah menjadi,” kongsinya lagi.

 

Dalam pada itu, Ayda turut berkata ibu bapa perlu bertegas dengan orang sekeliling, terutama datuk dan nenek, agar usaha mengurangkan penggunaan gajet ini tidak terganggu.

 

“Tapi memang kena berkeras dengan orang sekeliling termasuk datuk dan nenek yang tak boleh belakang-belakang bagi dia tengok TV atau phone.

 

“Kalau helper atau nanny, insya-Allah mereka dengar cakap kita. Kita kena tegas sikit bab ini. Alhamdulillah bila family faham, senang hati kita.

 

“Selalunya yang manjakan anak kita ni datuk dengan nenek. Minta apa semua dapat,” katanya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement