Skip to main content

Selebriti

Tiada Pengumuman Kehamilan, Neelofa Kekal Dengan Pendirian - “Korang Boleh Nampak Badan Saya Berubah…”

Tiada Pengumuman Kehamilan, Neelofa Kekal Dengan Pendirian - “Korang Boleh Nampak Badan Saya Berubah…”

Sekilas

  • Neelofa memilih untuk tidak mengumumkan kehamilannya secara rasmi walaupun ramai sudah dapat mengagak perubahan fizikalnya.
  • Neelofa hanya akan berkongsi berita kelahiran bayinya selepas proses bersalin selesai dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik.
  • Majlis gender reveal diadakan secara tertutup bersama keluarga terdekat sahaja tanpa berkongsi maklumat jantina bayi kepada umum.
Advertisement

Selebriti dan usahawan Noor Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengumumkan kehamilan biarpun ramai peminat sudah membuat spekulasi mengenai perkara itu.

Neelofa bagaimanapun berkata biarpun tanpa pengumuman namun orang ramai sudah menyedari perubahan fizikalnya yang kini kelihatan hamil.

Advertisement

Isteri kepada penceramah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu memberitahu dia hanya akan berkongsi berita baik selepas kelahiran bayinya selain turut berharap semua orang mendoakannya.

“Bukan speku, mungkin dah ramai dah dapatagak, dah nampak. Saya tak perlu ada pengumuman. Saya tak pernah buat pengumuman pun untuk mana-mana anak.

“Nanti bila melahirkan baru kita umumkan. Itu yang yang terbaik. Sebab selagi anak tak melahirkan, apa-apa saja boleh terjadi kan? Jadi semua orang boleh nampak badan saya berubah, saiz pun berbeza.

“Jadi yang terbaiklah doa sahajalah. Doasupaya proses sepanjang perjalanan ni dipermudahkan, sihat, dan melahirkan... nanti seterusnya fasa seterusnya pun dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

Neelofa berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Susu Nilofa, Banana Milk yang diadakan di The Curve, Petaling Jaya, pada Ahad.

Mengulas mengenai jantina bayi, Neelofa menegaskan perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dah majlis ‘gender reveal’ yang diadakan baru-baru ini juga hanya dihadiri ahli keluarga sahaja.

“Itu lagilah saya tak kongsi. Private lah. Saya buat itu pun masa private dengan famili Haris, adik-beradik dia dengan famili saya… sepupu kami pun tak ada,” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement