Skip to main content

Hiburan

Tiada Ruang Privasi, 24 Tahun Syada Amzah Terpaksa Kongsi Bilik - “Bangun Rasa Kecewa Dengan…”

Syada Amzah

Ringkasan AI

  • Syada Amzah berkongsi rasa lelah dan kecewa kerana tiada ruang privasi di rumahnya sepanjang 24 tahun hidup.
  • Dia tidak pernah mempunyai bilik sendiri dan terpaksa berkongsi ruang sepanjang hayatnya.
  • Syada menyatakan dia memerlukan ruang selamat dan bilik sendiri untuk ketenangan.
  • Keadaan ini menyebabkan dia mengubah fikiran untuk berkahwin dengan cepat kepada menangguhkannya.
  • Syada mahu masa untuk dirinya sendiri tanpa kehadiran orang lain di ruang peribadinya buat beberapa tahun.

Penyanyi Syada Amzah mengakui dia berasa lelah dan kecewa dengan kehidupannya yang tidak mempunyai ruang privasi di rumahnya. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini memberitahu dia tidak mempunyai bilik sendiri sepanjang 24 tahun hidup. 

 

“Saya sangat penat, nak tidur balik dah la susah. Bangun rasa kecewa dengan kehidupan. Stres, saya rasa saya memerlukan bilik saya sendiri. 

 

“Ruang selamat saya sendiri. Sepanjang hidup saya, 24 tahun hidup bilik berkongsi,” kata Syada. 

 

Pada perkongsian yang sama, Syada berkata disebabkan itu juga pemikirannya untuk berkahwin dengan cepat berubah. 

 

“Itu salah satu sebab kenapa saya berubah fikiran dari nak kahwin secepat mungkin kepada nanti-nanti sajalah. 

 

“Sebab saya tidak boleh ada orang di ruang saya, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun,” ujarnya lagi. 

 

Sebelum ini, Syada memberitahu dia tidak lagi terfikir untuk berkahwin kerana enggan memberi tekanan kepada diri selain mahukan ketenangan buat masa ini. 

Must-Watch Video

Advertisement