Skip to main content

Hiburan

Tiada Sefahaman Salah Satu Faktor Pasangan Bercerai, Diana Danielle Kongsi Pendapat - “Tak Semua Orang…”

Tiada Sefahaman Salah Satu Faktor Pasangan Bercerai, Diana Danielle Kongsi Pendapat - “Tak Semua Orang…”

Sekilas

  • Diana Danielle berkongsi pandangan mengenai alasan 'tiada persefahaman' sebagai punca utama perceraian di Malaysia menurut data LPPKN.
  • Dia menjelaskan alasan ini dipilih kerana proses membuktikan kecurangan atau sikap tidak bertanggungjawab lebih rumit dan memerlukan bukti.
  • Diana menegaskan 'tiada persefahaman' memudahkan proses mahkamah dengan menunjukkan tiada jalan penyelesaian dalam perkahwinan, sekaligus mengurangkan tekanan mental.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle menyorot perhatian netizen selepas berkongsi mengenai alasan ‘tiada persefahaman’ yang sering dikaitkan dengan punca perceraian pasangan suami isteri.

Perkara itu tercetus selepas seorang individu mempersoalkan mengapa tiada persefahaman menjadi antara punca perceraian di Malaysia, sedangkan alasan seperti kecurangan dan sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab lebih mudah difahami.

Advertisement

“Punca perceraian di Malaysia mengikut data daripada LPPKN:

  1. Tiada persefahaman
  2. Pasangan curang
  3. Pasangan tidak bertanggungjawab.
  4. 2 dengan 3 tu aku faham lagi. No. 1 tu boleh korang kongsi tak, tiada persefahaman tu sebab apa?” tulisnya.

Diana menjelaskan alasan tiada persefahaman mungkin dipilih kerana tidak semua individu sanggup melalui proses panjang untuk membuktikan kecurangan atau sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, alasan tersebut membolehkan seseorang menjelaskan kepada mahkamah mereka tidak lagi menemui jalan penyelesaian atau titik persefahaman dalam perkahwinan, sehingga hubungan itu hanya dipenuhi pertengkaran dan tekanan mental.

Advertisement

“Sebab tak nak panjangkan cerita. No. 2 dan No. 3 kena sertakan bukti dan ikut saluran lain. Tak semua orang sanggup nak gali segala benda. Proses lagi lama.

“Tiada persefahaman = straightforward process, beritahu mahkamah kedua-duanya tidak dapat mencari titik persamaan atau ketenangan dalam perkahwinan, yang tinggal hanya pertengkaran dan tekanan mental. Sedangkan panjang cerita,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan oleh aktres tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement