Skip to main content

Hiburan

“Tiada Siapa Yang Sentiasa Bersama Kami Seperti iDolla” - Dolla

dfvd

Sekilas

  • DOLLA mengadakan Exclusive Fan Meet pada 6 Disember di Sunway Pyramid untuk menghargai sokongan setia komuniti peminat iDOLLA.
  • Ahli kumpulan berkongsi perancangan aktif untuk 2026 termasuk album baru, festival antarabangsa, dan showcase khas.
  • Acara itu memberi peluang peminat berinteraksi rapat dengan DOLLA serta membeli barangan eksklusif seperti Light Stick V2 dan trading card.

Kumpulan wanita popular tanah air, DOLLA akhirnya kembali bertemu peminat setia mereka menerusi sebuah acara istimewa dikenali sebagai DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung meriah pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid.

Acara yang diadakan secara intim itu bertujuan meraikan kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi komuniti peminat mereka, iDOLLA, yang terus berdiri teguh bersama kumpulan tersebut dalam setiap fasa perjalanan seni termasuk ketika berdepan pelbagai cabaran.

Berkongsi perasaan mengenai acara tersebut, Tabby menzahirkan penghargaan mendalam terhadap sokongan luar biasa yang diberikan peminat.

“Tiada siapa yang sentiasa bersama kami seperti iDOLLAs. Semakin sukar masa yang kami lalui, semakin kuat sokongan mereka. Kami mahu luangkan lebih masa dengan mereka dan inilah masa terbaik untuk adakan acara khas demi menebus semula waktu-waktu sukar,” katanya.

Menurut Tabby, pertemuan tersebut juga menjadi platform untuk mengemas kini perancangan DOLLA bagi tahun 2026 selain memberi jaminan bahawa kumpulan itu akan terus aktif menghasilkan muzik dan kandungan baharu.

Selepas acara berakhir, Tabby mengakui pertemuan tersebut memberikan suntikan semangat luar biasa buat mereka.

“Kami sangat bersyukur akhirnya dapat adakan meet & greet ini. Kami rindu nak tengok wajah-wajah peminat dan berinteraksi dengan mereka. Walaupun impian kami adalah konsert, melihat peminat sanggup datang dari merata tempat untuk berjumpa kami pun sudah cukup bermakna,” ujarnya.

Beliau turut mendedahkan tahun 2026 bakal menjadi tahun yang sibuk buat DOLLA dengan perancangan album baharu, penyertaan festival antarabangsa serta showcase khas buat peminat.

Sementara itu, Angel menyifatkan acara berkenaan sebagai satu pengalaman bermakna yang jarang dapat direalisasikan.

“Kami jarang dapat peluang bertemu peminat dalam suasana intim. Berinteraksi secara dekat bukan sahaja menyeronokkan mereka, tetapi juga memberi kami semangat untuk terus melangkah sebagai sebuah kumpulan,” katanya.

Dalam pada itu, Sabronzo menegaskan bahawa sokongan iDOLLA menjadi motivasi terbesar buat DOLLA untuk terus bertahan dalam industri hiburan.

“Kehadiran dan sokongan mereka yang tak pernah goyah benar-benar membuktikan kasih sayang terhadap kami dan muzik kami. Kali ini kami mahu membalas kasih sayang itu dengan mencipta memori indah bersama-sama,” jelasnya.

Sepanjang pertemuan itu, para peminat berpeluang berinteraksi lebih dekat dengan ahli-ahli DOLLA menerusi sesi beramah mesra, perkongsian cerita serta aktiviti santai yang mencipta suasana penuh kemesraan. 

Menariknya, peminat turut membawa aksesori mini untuk menghias penampilan ahli DOLLA sekali gus mencetuskan suasana ceria dan menghiburkan.

Selain itu, acara berkenaan turut menampilkan jualan barangan eksklusif termasuk Baby Tee, Crew Tee, Photocard Holder, Trading Card Pack serta Light Stick V2 yang membuat kemunculan rasmi buat pertama kali.

DOLLA Exclusive Fan Meet menjadi detik bermakna yang meraikan komuniti, muzik dan hubungan erat antara artis dan peminat. Ketika DOLLA bersiap melangkah ke tahun 2026, pertemuan ini menjadi simbol kebangkitan, penghargaan dan janji untuk terus berkarya bersama iDOLLA.dbdb

Must-Watch Video

Advertisement