Sekilas
- Pengarah teater Puteri Gunung Ledang The Musical, Tiara Jacquelina, memuji komitmen dan usaha keras Aisha Retno dalam menjayakan pementasan tersebut.
- Aisha Retno menjelaskan pelancaran bahagian kedua albumnya ditangguhkan kerana komitmen besar terhadap pementasan teater itu.
- Puteri Gunung Ledang The Musical akan dipentaskan semula dari 31 Oktober hingga 15 November 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway City.
Pengarah teater Puteri Gunung Ledang The Musical, Tiara Jacquelina menyifatkan Aisha Retno sebagai seorang pelakon yang cukup komited dan sanggup bekerja keras demi menjayakan pementasan teater berkenaan.
Tiara turut meluahkan rasa bangga terhadap Aisha yang memberikan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabnya dalam pementasan muzikal tersebut.
“Aisha Retno memang sangat komited, bekerja keras untuk Puteri Gunung Ledang The Musical.
“So proud of her, I’m so blessed to have the best cast director could ever ask for,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial mengenai perkembangan bahagian kedua album Aisha Retno yang sehingga kini masih belum dilancarkan selepas sebelum ini dijadualkan menemui peminat pada September lalu.
Menjawab persoalan itu, Aisha menjelaskan dia bukan melupakan karya berkenaan, sebaliknya pelancaran bahagian kedua albumnya terpaksa ditangguhkan berikutan komitmen besar terhadap pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata, bahagian kedua album berkenaan sebenarnya boleh dilancarkan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, dia dan pihak pengurusan perlu mengambil kira jadual promosi serta komitmen sepanjang terlibat dalam pementasan teater berkenaan.
Puteri Gunung Ledang The Musical akan dipentaskan semula dari 31 Oktober hingga 15 November 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway City.