Skip to main content

Hiburan

“Tiba Masa Emak, Abah Berehat, Biar Saya Cari Rezeki” – Hussain

“Tiba Masa Emak, Abah Berehat, Biar Saya Cari Rezeki” – Hussain

Sekilas

  • Jamak Hussain Jamilul Hayat bercita-cita untuk membalas jasa ibu bapanya dengan mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga supaya mereka boleh berehat dan fokus pada ibadah.
  • Hussain percaya rezeki yang dinikmati hari ini adalah hasil doa dan pengorbanan ibu bapanya, menjadikan keluarga sebagai keutamaan dalam hidupnya.
  • Dia dan adik-beradiknya merancang untuk meneruskan legasi perniagaan nasi lemak keluarga yang menjadi sumber rezeki sejak dahulu.
Advertisement

Penyanyi baharu, Jamak Hussain Jamilul Hayat atau Hussain memasang impian untuk membalas jasa ibu bapanya dengan meminta mereka berehat daripada mencari rezeki dan memberi lebih tumpuan kepada ibadah.

Menurut Hussain, segala penat lelah ibu bapanya membesarkan mereka adik-beradik membuatkan dia kini mahu mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga.

Advertisement

“Itu adalah cita-cita saya. Saya hendak emak dan abah berehat sebab umur mereka pun sudah berapa. Mereka penat besarkan kami, jadi tiba masanya untuk mereka fokus pada ibadah pula.

“Banyak dugaan yang emak dan abah lalui dalam membesarkan kami. Biar saya pula yang mencari rezeki untuk mereka,” katanya ketika ditemui pada Festival Ambang Merdeka 2026: Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati anjuran CIMB Bank Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Katanya, dia percaya rezeki yang dinikmati hari ini juga hadir menerusi doa dan pengorbanan kedua-dua orang tuanya, membuatkan keluarga sentiasa menjadi keutamaan.

“Rezeki yang saya kecapi sekarang ini pun datang daripada ibu bapa. Jadi, apa salahnya saya utamakan keluarga kerana saya pasti Allah akan bagi lebih,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hussain dan adik-beradiknya turut merancang meneruskan legasi perniagaan nasi lemak keluarga yang menjadi sumber rezeki mereka sejak kelahiran abang sulungnya.

“Kami semua pandai masak nasi lemak cara emak, jadi kami mahu teruskan legasi itu. Kami tak boleh tinggalkan perniagaan tersebut kerana itulah rezeki keluarga kami sampai sekarang,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement