Skip to main content

Hiburan

“Tiba-Tiba Nama Dia Datang” - 4 Tahun Tak Bertegur, Shuib Luah Rasa Rindu Pada…

Shuib

Sekilas

  • Pelawak Shuib berkongsi detik spontan menghubungi rakan pelawaknya, Rahim, selepas empat tahun tidak berhubung ketika sedang memandu.
  • Shuib mendapat galakan daripada rakannya, Mamat, untuk terus membuat panggilan video dan Rahim berjaya dihubungi pada waktu petang sebelum kerja radio.
  • Shuib mengakui rindu dengan Rahim dan berharap dapat bekerjasama semula jika ada rezeki pada masa akan datang.
Advertisement

Pelawak, Shuib berkongsi detik sewaktu dirinya memulakan tindakan untuk menghubungi rakan pelawaknya, Rahim selepas empat tahun tidak berbuat demikian.

Menerusi perkongsian di Podcast Too Pretty To Handle, Shuib mendedahkan bahawa panggilan itu dibuat secara spontan selepas nama Rahim tiba-tiba terlintas di fikirannya ketika sedang memandu.

Advertisement

“Saya tengah bawa kereta, tiba-tiba nama dia datang. Saya cakap dekat Mamat, ‘Mat, kalau aku video call Rahim sekarang, kau rasa dia angkat tak?’.

“Mamat cakap, ‘Angkat Ib, sekarang baru pukul 3.45 petang. Dia nak masuk kerja radio pukul 4 nanti’,” katanya.

Tambah Shuib, Mamat kemudiannya menggalakkan dirinya untuk terus menghubungi Rahim secepat mungkin.

“Lepas itu Mamat asyik cakap, ‘Telefon je engkau ni’. Saya cakap, ‘Kejaplah, nanti lepas habis kerja’.

“Tapi dia suruh juga telefon masa itu. Jadi saya pun telefon dan dia angkat,” ujarnya.

Mengulas pula mengenai hubungannya dengan Rahim, pemilik nama Shamira Muhammad ini mengakui dirinya merindui sahabatnya itu dan tidak menolak untuk kembali bekerjasama di masa akan datang.

“Kalau rindu, ya memang rindu.

“Kalau ada rezeki nak buat balik (perform bersama), insya-Allah nak buat balik. Tapi sekarang saya tunggu apakah perancangan Allah SWT yang Maha Baik,” katanya lagi.

Terdahulu, Shuib menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya berhubung dengan Rahim menerusi hantaran di Threads.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Shuib dilihat sedang melakukan panggilan video bersama Rahim sambil memandu dalam keadaan yang penuh santai.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement