Skip to main content

Hiburan

“Tidak Kisahlah Nama Besar Atau Kecil, Kami Akan…” - ALPHA Teruja Kongsi Komposer Dengan BTS

Astrogempak ALPHA

Sekilas

  • ALPHA terkejut apabila mengetahui lagu "Burn It Down" dalam album debut mereka dihasilkan oleh penulis lagu terkenal yang pernah bekerjasama dengan BTS dan Red Velvet.
  • Lagu tersebut diberikan sebagai tugasan semasa latihan intensif mereka di Korea Selatan, dan mereka hanya mengetahui identiti pencipta lagu selepas pulang ke Malaysia.
  • ALPHA komited memberikan persembahan terbaik untuk setiap lagu, termasuk lagu-lagu hasil kerjasama dengan penulis lagu antarabangsa seperti Daniel Caesar dan Candace Sosa.
Advertisement

Kumpulan M-Pop, ALPHA mengakui terkejut apabila mengetahui lagu Burn It Down yang dimuatkan dalam album debut mereka sebenarnya dihasilkan oleh penulis lagu terkenal yang pernah bekerjasama dengan beberapa kumpulan K-Pop terbesar dunia antaranya BTS dan Red Velvet. 

Mewakili ALPHA, Ariel berkata mereka pada mulanya tidak mengetahui identiti sebenar pencipta lagu berkenaan kerana ia diberikan sebagai tugasan ketika menjalani latihan intensif di Korea Selatan pada penghujung tahun lalu.

Advertisement

“Sebab kita mula-mula kita tak tahu pun lagu tu siapa yang buat, siapa penciptanya. Kita diberikan lagu itu sebagai tugasan kita semasa di Korea sewaktu kami menjalani latihan intensif itu. 

“Bila kami dah balik, baru kami tahu siapa pencipta lagu itu sebenarnya. Kami memang terkejut dan rasa sangat bertuah dan beruntung sebab ALPHA dapat merasai pengalaman dan memiliki lagu daripada komposer antarabangsa. Terima kasih atas kepercayaan dia beri untuk kita,” kata Ariel mewakili ALPHA. 

ALPHA dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Ray-D, Araff dan Sky ditubuhkan selepas pertandingan Big Stage Alpha tahun lalu.

Mengulas mengenai tekanan membawakan lagu hasil sentuhan nama besar industri K-Pop, Ariel berkata ALPHA sentiasa memberikan komitmen terbaik tanpa mengira siapa pencipta lagu yang diberikan kepada mereka.

“Risau tu sebenarnya kita memang bukan hanya untuk lagu itu, ALPHA apa sahaja lagu yang kita dapat kita akan cuba untuk sampaikan sebaik mungkin. 

“Tidak kisahlah nama besar atau kecil apa sahaja yang diberikan untuk ALPHA kita sama-sama akan berikan yang terbaik,” tambahnya. 

Lagu Burn It Down dirakamkan ketika ALPHA mengikuti latihan intensif di Korea Selatan, dan proses rakamannya turut dipaparkan menerusi program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter yang kini boleh distrim di Astro GO.

Terdahulu, ALPHA mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa salah satu lagu dalam album debut mereka, The First Wave, melibatkan kerjasama dua penulis lagu terkenal antarabangsa iaitu Daniel Caesar dan Candace Sosa.

Daniel dikenali sebagai antara individu yang pernah menghasilkan lagu untuk BTS menerusi Run BTS dan Moon, selain terlibat dalam penghasilan lagu untuk TOMORROW X TOGETHER (Loser=Lover), ITZY (ICY), ENHYPEN (Tamed-Dashed) dan Red Velvet menerusi Zimzalabim.

Sementara itu, Candace pula cukup dikenali dalam kalangan peminat K-Pop kerana pernah menulis beberapa lagu ikonik BTS seperti EuphoriaMagic ShopMikrokosmos dan Love Maze.

Malah, beliau turut terlibat dalam penghasilan lagu New Rules untuk TOMORROW X TOGETHER serta Depend On You nyanyian TWICE.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement