Skip to main content

Hollywood

Tikam Kekasih, Penyanyi D4vd Beli Gergaji Secara Online Mahu Hapus Bukti

Astro Gempak david

Sekilas

  • Penyanyi dan rapper D4vd didakwa membunuh seorang gadis bawah umur yang mayatnya ditemui dalam but kereta Tesla miliknya.
  • Dokumen mahkamah menunjukkan D4vd membeli peralatan seperti gergaji untuk menghapuskan mayat mangsa yang berusia 14 tahun.
  • D4vd mengaku tidak bersalah dan berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan dalam kes yang turut melibatkan jenayah seks terhadap mangsa sejak dia berusia 11 tahun.

Kes pembunuhan yang membabitkan penyanyi dan rapper D4vd terhadap seorang gadis bawah umur yang ditemui dalam but kenderaan Tesla miliknya membawa kepada banyak penemuan bukti baharu.

Menerusi dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah, D4vd telah membuat pembelian beberapa peralatan secara atas talian yang dipercayai mahu digunakan untuk menghapuskan mayat Celeste Rivas Hernandez.

D4vd antaranya didakwa telah membeli gergaji untuk memotong anggota badan gadis berusia 14 tahun tersebut selepas menikamnya beberapa kali, lapor BBC.

Dalam laporan sama, pendakwa raya menyatakan rapper itu bertemu mangsa sewaktu dia berusia 11 tahun dan telah melakukan jenayah seks terhadap gadis bawah umur itu sehingga berusia 13 tahun. D4vd waktu itu berusia 18 tahun.

Mangsa dibunuh selepas menghantar pesanan mahu membocorkan jenayah rapper itu. D4vd didakwa menghendap sebelum melakukan jenayah terancang terhadap mangsa kerana bimbang kariernya terjejas.

Terdahulu mayat mangsa ditemui dalam keadaan reput dan dikerat di dalam bonet (frunk) kereta Tesla milik D4vd di Los Angeles pada September 2025 selepas pekerja tunda kenderaan mengadu terhidu bau busuk.

D4vd atau nama sebenarnya, David Anthony Burke telah ditahan baru-baru ini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan pihak peguamnya mengatakan akan ‘mneyelamatkan’ anak guam mereka secara agresif. Jika sabit kesalahan, rapper tersebut berdepan hukuman mati.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement