Skip to main content

Hiburan

Tiket Akses Karpet Merah Malam Manifesto KUDRAT 1968 ‘Licin’ Dalam Masa 40 Minit!

Tiket Akses Karpet Merah Malam Manifesto KUDRAT 1968 ‘Licin’ Dalam Masa 40 Minit!

Sekilas

  • Tiket untuk Malam Manifesto filem KUDRAT 1968: High Council habis dijual dalam masa kurang satu jam.
  • Tiket akses Karpet Merah Malam Manifesto juga habis dalam 40 minit dengan harga RM50 untuk dua orang, tetapi tidak termasuk tayangan filem.
  • Filem KUDRAT 1968 yang merupakan prekuel siri High Council akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini.
Advertisement

Kehangatan filem KUDRAT 1968: High Council kian terasa apabila tiket bagi Malam Manifesto Kudrat terjual dalam tempoh kurang satu jam.

Terbaharu, peminat filem ini terus menunjukkan kehebatan mereka dalam memberi sokongan buat filem Zulaikha Zakaria ini apabila tiket akses bagi Karpet Merah Malam Manifestro Kudrat juga ‘licin’ dan terjual dalam tempoh 40 minit!

Advertisement

Untuk 'Red Carpet Experience' ini, peminat berpeluang untuk melihat kemunculan barisan pelakon KUDRAT 1968: High Council di karpet merah dengan harga serendah RM50 untuk dua orang.

Walau bagaimanapun, tiket yang terbuka terhad kepada 100 pembelian ini tidak termasuk dengan akses ke tayangan filem.

Dengan tiket yang telah habis terjual, pastinya peminat semakin tidak sabar untuk menyaksikan kemeriahan Malam Manifesto Kudrat 1968 serta melihat barisan pelakon filem berkenaan secara lebih dekat.

Advertisement

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk saksikan filem KUDRAT 1968: High Council bermula 29 Oktober ini di pawagam berdekatan anda

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement