Skip to main content

Hiburan

Tiket Konsert 2 Malam The Weeknd: After Hours Til Dawn Tour Rasmi Habis Dijual! Ini Set List Lagu Yang Korang Wajib Hafal

Astro Gempak 524

Sekilas

  • Tiket konsert The Weeknd di Kuala Lumpur pada 4 dan 5 November 2026 telah habis dijual untuk kedua-dua malam persembahan.
  • Konsert ini merupakan kali pertama The Weeknd mengadakan persembahan di Kuala Lumpur dan turut menampilkan duo hip hop Jepun, Creepy Nuts serta DJ ¥ØU$UK€ ¥UK1MAT$U sebagai tetamu khas.
  • Siri jelajah Asia ini juga meliputi bandar lain seperti Tokyo, Indonesia, Singapura dan Hong Kong, dengan setlist dijangka menampilkan sekitar 35 hingga 37 lagu sepanjang 2 jam 20 minit hingga 2 jam 30 minit.

Tiket konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd di Kuala Lumpur rasmi habis dijual bagi kedua-dua malam persembahan yang dijadual berlangsung November depan.

Perkara itu diumumkan menerusi satu hantaran dimuat naik penganjur, Live Nation Malaysia dalam Instagram rasmi mereka.

 

 “Konsert The Weeknd: After Hours Til Dawn Tour di Kuala Lumpur kini rasmi habis dijual untuk kedua-dua malam.

“Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang luar biasa daripada rakyat Malaysia. Jumpa anda semua November ini,” tulis kenyataan tersebut.

Konsert tersebut dijadual berlangsung pada 4 dan 5 November 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kini dikenali sebagai TM Stadium Nasional.

Sebelum ini, The Weeknd menambah satu malam lagi persembahan selepas jualan tiket hari pertama menerima sambutan luar biasa daripada peminat.

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama pelantun lagu Blinding Lights itu mengadakan konsert di Kuala Lumpur sejak memulakan kariernya dalam industri muzik.

Konsert berkenaan turut menampilkan duo hip hop Jepun, Creepy Nuts serta DJ terkenal Jepun, ¥ØU$UK€ ¥UK1MAT$U sebagai tetamu khas.

After Hours til Dawn ini menyaksikan penyanyi kelahiran Kanada itu mempromosikan trilogi albumnya; After Hours, Dawn FM, dan Hurry Up Tomorrow.

Berikut antara ramalan setlist The Weeknd: After Hours Til Dawn Tour di Kuala Lumpur;

  1. Blinding Lights
  2. Starboy
  3. The Hills
  4. Save Your Tears
  5. Die For You
  6. After Hours
  7. Heartless
  8. Take My Breath
  9. Can’t Feel My Face
  10. Call Out My Name
  11. Timeless
  12. Out of Time
  13. São Paulo
  14. The Morning
  15. Moth To A Flame
  16. One Of The Girls
  17. The Abyss (mungkin)
  18. Baptized In Fear
  19. Open Hearts
  20. House of Balloons

Senarai ini berdasarkan trend tour The Weeknd atau Abel Tesfaye dari 2025 hingga 2026.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan, Kalau The Weeknd kekalkan setlist stadium tour terkini, peminat Kuala Lumpur boleh dapat sekitar 35 hingga 37 lagu dengan durasi persembahan lebih kurang 2 jam 20 minit hingga 2 jam 30 minit.

Selain Malaysia, siri jelajah Asia The Weeknd turut merangkumi beberapa lokasi lain termasuk Tokyo, Indonesia, Singapore dan Hong Kong.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement