Skip to main content
Advertisement

Konsert

Tiket Konsert BTS Di Singapura Dijual Semula, Ada ‘Buka Harga’ Cecah RM28 Ribu!

Astro Gempak bts (1)

Sekilas

  • Tiket konsert Jelajah Dunia ARIRANG BTS di Singapura kini dijual semula dengan harga tinggi di platform seperti Carousell dan Stubhub, termasuk tiket VIP yang mencecah sehingga RM28,000.
  • Pihak berkuasa menasihatkan peminat supaya membeli tiket secara sah untuk mengelakkan penipuan.
  • Konsert BTS juga akan berlangsung di Malaysia pada 12 dan 13 Disember 2026 di Stadium Nasional TM, selain di Singapura dan Jakarta.
Advertisement

‘Demam perang’ membeli tiket Konsert Jelajah Dunia ARIRANG BTS mungkin belum kebah, tetapi sudah ada yang mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket yang diperoleh di platform seperti Carousell dan Stubhub, Reddit, Xiaohongshu dan Facebook.

The Straits Times melaporkan tiket band K Pop tersohor dunia yang mula dibuka jualan awalnya pada 3 Jun di Singapura dilihat kembali dijual dengan harga yang cukup tinggi. Laporan sama mendapati setidaknya sehingga 40 pengguna menawarkan penjualan semula tiket konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Singapura selama empat hari bermula tanggal 17, 19, 20 dan 22 Disember 2026 di platform Carousell.

Advertisement

Ada yang menawarkan tiker VIP yang dibeli pada harga asal  S$388 (RM1,208) kepada $1,200 (RM3,737) sekeping sementara tiket kategori 1 yang berharga $328 (RM1,020) dijual semula pada harga sekitar $600 (RM1,868) dan $1,000 (RM3,114).

Lebih mengejutkan seorang pembeli di platform Stubhub menawarkan tiket VIP yang berdekatan pentas pada konsert 20 Disember sehingga RM28, 000!

Pembeli bagaimanapun disarankan oleh pihak berkuasa agar membeli tiket secara sah agar tidak tertipu.

Advertisement

Konsert ARIRANG merupakan pertemuan pertama BTS dengan peminat mereka yang digelar ARMY selepas anggotanyam RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook selesai menjalani khidmat ketenteraan yang menjadi kewajiban para lelaki di Korea Selatan.

Konsert tersebut diadakan bersempena dengan pelancaran album studio terbaharu mereka dengan judul sama, ARIRANG yang memuatkan lagu-lagu berunsurkan budaya dan lagu rakyat popular Korea sebagai projek istimewa mereka.

Selain Singapura, BTS juga akan melakukan konsert jelajah yang sama di Malaysia pada 12 dan 13 Disember 2026 di Stadium Nasional TM (Stadium Nasional Bukit Jalil) dan Jakarta, Indonesia pada 26 dan 27 Disember 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK).

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement