Skip to main content

Hiburan

Tiket Konsert RadjaWali Laris, Hampir Habis Terjual!

vvfv

Ringkasan AI

  • Konsert ‘Pentas RadjaWali Live in Malaysia’ pada 10 Januari mencatat jualan tiket hampir habis dengan lebih 3,000 tiket terjual.
  • Gabungan dua kumpulan legenda Indonesia, Radja dan Wali Band, menjadi tarikan utama konsert ini di Malaysia.
  • Pengarah konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak, memuji sokongan padu penaja dan media dalam menjayakan acara ini.
  • Vokalis Radja dan anggota Wali Band menyifatkan Malaysia sebagai destinasi istimewa dan berjanji akan tampil dengan persembahan berbeza.
  • Tiket masih boleh dibeli di Fantopia.io dengan harga bermula RM177 hingga RM977, konsert dianjurkan oleh beberapa syarikat dan mendapat sokongan rakan strategik terkenal.

Sambutan luar biasa! Konsert ‘Pentas RadjaWali Live in Malaysia’ yang bakal berlangsung pada 10 Januari depan mencatat jualan memberangsangkan apabila hampir keseluruhan tiket sudah habis dijual.

Menurut Pengarah Projek merangkap Pengarah Konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Fidote, lebih 3,000 tiket telah terjual sejak dibuka kepada umum baru-baru ini.

“Secara keseluruhan 3,000 tiket sudah terjual termasuk tiket VIP manakala tiket kerusi berharga RM177 tinggal beberapa sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan majlis meraikan rakan strategik konsert tersebut di Redbox The Garden, Mid Valley City, semalam.

Tambah Fidote, sambutan hangat itu turut didorong oleh keterujaan peminat untuk menyaksikan gabungan dua kumpulan legenda Indonesia, Radja dan Wali Band, yang bakal berkongsi satu pentas buat julung kali di Malaysia.

“Populariti Radja dan Wali di Malaysia tidak perlu dipertikaikan lagi. Showmanship mereka memang luar biasa. Kehadiran mereka ke Malaysia memang sangat dinantikan oleh peminat setia,” katanya.

Fidote turut menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak yang membantu menjayakan konsert ini, termasuk media yang sentiasa menyokong penganjuran acara hiburan tanah air.

“Dalam keadaan industri sekarang, bukan mudah nak dapat penaja. Tapi mereka semua sangat suportif. Kami amat menghargainya,” ujarnya.

Vokalis Radja, Ian Kasela, berkata mereka teruja untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.

“Malaysia selalu dekat di hati kami. Ia satu impian menjadi kenyataan apabila kami dijemput untuk beraksi semula di sini,” katanya.

Sementara itu, Wali Band yang dianggotai oleh Faank, Apoy, Ovie dan Tommy, turut menyifatkan Malaysia sebagai destinasi istimewa buat mereka.

“Syukur… Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami merindui sambutan mesra peminat serta juadah enak di sini. Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan sesuatu yang berbeza,” kata mereka.

Antara lagu popular yang bakal mengisi malam penuh nostalgia itu termasuk ‘Jujur’, ‘Bulan’ dan ‘Cinderella’(Radja) serta ‘Cari Jodoh’, ‘Baik-Baik Sayang’ dan ‘Tomat (Tobat Maksiat)’ (Wali).

Tiket konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” masih boleh dibeli di laman rasmi Fantopia.io, dengan harga bermula daripada RM177 hingga RM977.

Konsert anjuran Impian Al Fateh Sdn. Bhd., GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) ini turut mendapat sokongan padu daripada barisan Rakan Strategik seperti Redbox, Three Hand Production, GGR Motor, Dua Darjat Coffee, Roerdum (jam tangan rasmi), Era, Sinar, THR Gegar, Gempak serta Royale Chulan sebagai hotel rasmi.

Must-Watch Video

Advertisement