Sekilas
- Tiket untuk Malam Manifesto Kudrat 1968 yang menawarkan pengalaman karpet merah dan tayangan perdana habis terjual dalam masa kurang satu jam.
- Ada dua pakej ditawarkan iaitu Film Premiere Experience dengan harga RM100 untuk dua orang dan Red Carpet Experience pada RM50 untuk dua orang.
- Filem KUDRAT 1968: High Council akan mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini.
Kehangatan filem KUDRAT 1968: High Council kian terasa dan pastinya ramai tidak sabar untuk menyaksikan jalan cerita serta kesudahan karakter-karakter utama yang menjadi kegilaan peminat.
Menambahkan lagi keterujaan tersebut, tiket ke Malam Manifesto Kudrat 1968 yang menawarkan pengalaman istimewa menerusi akses ke karpet merah dan tayangan perdana filem berkenaan kini telah habis terjual dalam masa kurang satu jam!
Untuk pakej yang disediakan itu, peminat berpeluang merasai sendiri kemeriahan karpet merah selain menyaksikan filem KUDRAT 1968: High Council di layar perak.
Menariknya, Astro Shaw menawarkan dua pilihan buat peminat menerusi Malam Manifesto Kudrat 1968 Film Premiere Experience dan Malam Manifesto Kudrat 1968 Red Carpet Experience.
Bagi 'Film Premiere Experience', tiket ditawarkan pada harga RM100 untuk dua orang, merangkumi akses ke karpet merah serta tayangan perdana filem berkenaan.
Pengalaman ini terhad kepada 250 pembelian sahaja dan dibuka kepada individu berusia 16 tahun ke atas.
Sementara itu, 'Red Carpet Experience' pula ditawarkan pada harga RM50 untuk dua orang, membolehkan peminat melihat kemunculan barisan pelakon KUDRAT 1968: High Council di karpet merah.
Pengalaman berkenaan terbuka kepada terhad 100 pembelian sahaja, namun tidak termasuk akses ke tayangan filem.
Dengan tiket yang telah habis terjual, pastinya peminat semakin tidak sabar untuk menyaksikan kemeriahan Malam Manifesto Kudrat 1968 serta melihat barisan pelakon filem berkenaan secara lebih dekat.
Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Naskah terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk saksikan filem KUDRAT 1968: High Council bermula 29 Oktober ini di pawagam berdekatan anda