Skip to main content

Hiburan

Timbul Banyak Spekulasi, Anzalna Perjelas Isu Bukan Lagi Duta Jenama Pakaian Terkenal - “Kami Mempunyai Pengalaman Yang…”

Anzalna Nasir

Sekilas

  • Anzalna Nasir beri penjelasan tentang spekulasi keluarganya tidak lagi menjadi duta jenama pakaian tertentu tahun ini.
  • Dia bersyukur kerana menerima tawaran kerjasama dengan lebih daripada satu jenama yang menawarkan peluang lebih baik.
  • Video promosi keluarganya kini mendapat lebih sejuta tontonan dan Anzalna mendoakan perniagaan jenama yang menggunakan namanya laris.
Advertisement

Pelakon Anzalna Nasir tampil memberi penjelasan susulan timbul banyak spekulasi mengenai dia sekeluarga yang tidak lagi menjadi duta sebuah jenama pakaian pada tahun ini. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna menganggap setiap jenama mempunyai pilihan sendiri namun tetap meluahkan rasa syukur atas tawaran yang lebih baik. 

 

“Timbul banyak spekulasi mengenai kami yang tidak lagi menjadi duta jenama J tahun ini, jadi kami fikir, kami perlu beri penjelasan. 

 

“Akhirnya, terpulanglah kepada jenama untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mereka mahukan. Kami mempunyai pengalaman yang baik bekerjasama dengan mereka tahun lepas.

 

“Alhamdulillah, tahun ini, kami bekerjasama dengan lebih daripada satu jenama yang berbeza dengan tawaran yang lebih baik, dan kami bersyukur untuk itu,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian lain, Anzalna turut berasa gembira apabila hampir semua video dia sekeluarga mempromosikan jenama pakaian yang kini bekerjasama dengannya mendapat lebih sejuta tontonan. 

 

Malah, Anzalna juga mendoakan agar perniagaan jenama pakaian yang menggunakan namanya mendapat jualan yang laris. 

 

“Kami harap semua jenama berasa gembira bekerjasama dengan kami. Hampir semua video kami melebihi sejuta tontonan di laman sosial, Alhamdulillah. 

 

“Terima kasih kerana menonton dan harap ia akan membawa jualan yang bagus untuk semua jenama yang mengambil kami sebagai duta tahun ini. 

 

“Kepada yang menggunakan nama saya untuk baju raya tahun ini pun, saya doakan perniagaan korang laris. Amin,” katamnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Must Watch Video

Advertisement