Skip to main content

Hiburan

Tindakan 2 Minah Salleh Didakwa Cop Parking Dikecam Ramai, Siap ‘Claim’ Ada IC Malaysia - “Tolong Hormat…”

Tindakan 2 Minah Salleh Didakwa Cop Parking Dikecam Ramai, Siap ‘Claim’ Ada IC Malaysia - “Tolong Hormat…”

Sekilas

  • Dua wanita warga asing didakwa mengamalkan sikap ‘cop’ petak parkir di sebuah pusat membeli-belah sehingga menghalang kenderaan lain untuk masuk.
  • Mereka enggan mengalah walaupun ditegur dan mendakwa mereka lahir di Malaysia serta mempunyai MyKad.
  • Perbuatan ini mendapat kecaman ramai kerana ia melanggar peraturan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Advertisement

Di Threads, tular satu hantaran memaparkan tindakan dua wanita warga asing yang didakwa mengamalkan sikap ‘cop’ petak parkir di sebuah pusat membeli-belah sehingga menyorot perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dibuat seorang individu, dapat dilihat dua wanita itu sedang berdiri di hadapan sebuah kotak parkir yang kosong dan telah menghalang sebuah kenderaan untuk masuk ke ruang tersebut.

Advertisement

Kedengaran pemandu kenderaan tersebut juga telah membunyikan hon beberapa kali namun seperti tidak diendahkan dua wanita berkenaan.

Menurut pengguna Threads itu lagi, teguran yang dibuat dirinya dan suami juga tidak diendahkan malah dua wanita itu turut mendakwa bahawa mereka merupakan warganegara Malaysia.

“Saya minta dia ikut peraturan parking dengan baik, tapi mereka tak nak dan siap mengaku mereka lahir di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri (MyKad).

“Pemandu Mercedes yang sepatutnya dapat parkir tu akhirnya pergi dari situ sebab dua orang ni memang tak nak gerak. Sikap yang sangat biadab.

“Tolong hormat peraturan Malaysia kalau berada di sini. Tingkah laku tak beradab macam ni sangat tidak patut,” katanya.

Perkongsian tersebut kemudian meraih perhatian ramai yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan dua wanita berkenaan.

Untuk info, budaya cop parking termasuklah meletakkan objek seperti kerusi, kon atau berdiri sendiri merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement