Sekilas
- Kamal Adli mendapat pujian ramai selepas mempertahankan bekas isteri, Uqasha Senrose, di media sosial.
- Seorang individu menghormati sikap Kamal yang tetap menyokong dan melindungi ibu kepada anaknya walaupun sudah tiada ikatan perkahwinan.
- Kamal juga meminta orang ramai agar tidak mengaitkan hal peribadi Uqasha selepas drama lakonannya, Madu Atau Racun, menerima kecaman.
Tindakan pelakon, Kamal Adli yang tampil mempertahankan bekas isteri yang juga pelakon, Uqasha Senrose baru-baru ini telah meraih pujian ramai di media sosial.
Menurut seorang individu, meskipun dia bukanlah seorang peminat kepada Kamal mahupun Uqasha, namun dia menghormati cara pelakon itu memberikan sokongan kepada bekas isterinya.
Malah, dia menyifatkan tindakan Kamal itu sebagai contoh seorang lelaki yang tetap menjalankan tanggungjawab melindungi ibu kepada anaknya meskipun sudah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan yang sah.
“Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang sukakan Kamal mahupun Uqasha. Maksudnya, tak berminat saja bukan haters. Cuma, saya tabik cara Kamal sentiasa back up dan support bekas isteri.
“Ini baru betul jantan, seorang ayah yang melindungi ibu kepada anaknya dan seorang lelaki yang pernah menyayangi bekas isterinya. You have my respect Encik,” tulisnya.

Terdahulu, Kamal menyorot perhatian apabila meminta jasa baik ramai untuk tidak menyentuh hal peribadi melibatkan Uqasha selepas drama lakonan bekas isterinya itu mendapat kecaman ramai.
Terdahulu, drama Madu Atau Racun lakonan Uqasha Senrose, Aliff Aziz dan Elisya Sandha mencetuskan kontroversi susulan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai dengan budaya dan pegangan agama masyarakat sehingga ada yang meminta ia ditarik balik.
Sumber: Threads