Sekilas
- Seorang pengantin perempuan berkongsi momen 'Tiramisu Tower' majlis persandingannya yang jatuh akibat angin kuat sebelum sempat dirakam.
- Insiden tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji ketenangan pengantin dan suaminya walaupun berdepan situasi tidak dijangka.
- Ramai memuji sikap positif pasangan pengantin yang terus menikmati majlis tanpa hilang mood walaupun berlaku kejadian tersebut.
Tular di media sosial mengenai satu insiden yang melanda pasangan pengantin sewaktu majlis persandingan mereka.
Menerusi hantaran tular di Threads, seorang pengantin perempuan yang dikenali sebagai _chea telah menyorot perhatian ramai apabila berkongsi momen ‘Tiramisu Tower’ yang ditempah bersempena majlis persandingannya jatuh akibat ditiup angin kuat.
Ujar wanita itu, insiden tersebut berlaku sebelum dirinya sempat untuk merakam momen bermakna bersama suami.
“Tiramisu towerku sembah bumi. Tak sempat nak ambip gambar sesi suap menyuap,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya tular dah meraih perhatian rata-rata netizen yang dilihat memuji ketenangan pengantin itu dan pasangannya meskipuj berdepan insiden sedemikian.
“Suka tengok bride still happy dan tak ada pun nak hilang mood ke apa. Sangat tenang mereka berdua.
“Bagusnya pengantin tak bad mood just enjoy sebab benda dah jadi tak guna marah marah.
“Ini akan menjadi kisah yang unik untuk dikongsikan satu hari nanti. Tak semua akan jadikan the accident into something positive!
“Wow bagusnya pengantin ni. Kalau saya di tempat dia dah nangis,” komen netizen.
Sumber: Threads