Skip to main content

Hiburan

Tissa Biani ‘Buka Cerita’ Pasal Fazura - “Dia Memang Sangat…”

Tissa Biani

Pelakon Indonesia, Tissa Biani meluahkan hasrat untuk kembali terlibat dalam industri perfileman Malaysia selepas pengalaman berlakon dalam filem Pendekar Awang sebelum ini meninggalkan kenangan yang cukup manis buat dirinya.
 

Menurut Tissa, dia amat menikmati pengalaman tersebut dan berharap dapat kembali menjayakan filem aksi pada masa akan datang.

Advertisement


“Kalau kembali ke Malaysia, saya rasa saya mahu ambil filem aksi lagi sebab seronok. Itu adalah pengalaman yang sangat menyenangkan untuk saya,” Katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, pelakon filem KKN di Desa Penari ini turut berkongsi rasa rindu untuk kembali bekerja dengan pelakon, Nur Fazura yang disifatkannya sebagai seorang kakak dan sahabat yang sangat baik.


Tambah Tissa lagi, Fazura merupakan antara rakan industri yang sentiasa menyokong kerjayanya, termasuk menonton filem-filem lakonannya yang ditayangkan di Malaysia.


“Saya mahu bekerja kembali bersama dengan Fazura, dia ibarat kakak saya yang sangat baik untuk saya. Sampai sekarang kami masih lagi berhubung. 


“Dia memang sangat baik, kalau ada filem saya yang ditayang di Malaysia dia pasti akan menontonnya. Baru-baru ini filem Norma pun dia tonton dan juga filem Agak Lain juga dia pergi tonton, dia selalu support karya saya, keperibadian dia memang sangat baik,” ujarnya.


Tissa tampil dengan lakonan terbaharunya menerusi filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih yang mengisahkan perceraian talak tiga pasangan muda berkahwin hingga mencari ‘cina buta’ sudah ditayangkan sejak 2 Oktober.
 

Selain Tissa, filem bergenre komedi drama kekeluargaan ini menampilkan Kevin Ardilova sebagai Darian, Mikha Tambayong sebagai Alfa dan Ibrahim Risyad sebagai Zainun. 
 

Must-Watch Video

Advertisement