Skip to main content

Hiburan

Tiz Zaqyah Akui Malu Sendawa Kuat Di Tempat Awam - “It’s Disgusting, Sorry”

Astrogempak TIZ

Sekilas

  • Tiz Zaqyah mengakui sudah terbiasa sendawa kuat sebagai cara membuang angin, walaupun kadang-kadang rasa malu terutama di tempat awam.
  • Dia berkongsi pengalaman memerhati cara sopan Nur Fazura sendawa ketika penggambaran drama Tahajjud Cinta.
  • Netizen terhibur dengan perkongsian Tiz dan ramai yang mengaku mempunyai tabiat sendawa kuat yang sama.

Pelakon, Tiz Zaqyah mengakui dirinya sudah terbiasa sendawa dengan kuat kerana menganggap ia sebagai cara untuk membuang angin dalam badan.

Bagaimanapun, Tiz berkata tabiat tersebut kadangkala membuatkan dirinya sendiri berasa malu terutama apabila berlaku di tempat awam.

“Serious wey… aku terbiasa sendawa kuat-kuat buang angin kononnya… banyak kali in public. Aku sendiri termalu weh. Kuat bunyi katak,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, Tiz turut mengimbau kenangannya ketika menjalani penggambaran drama Tahajjud Cinta bersama aktres Nur Fazura.

Menurutnya, dia sering memerhatikan penampilan dan pembawaan Fazura ketika berada di set penggambaran.

“One day I was shooting dengan Faz untuk Tahajjud Cinta… aku selalu termenung je tengok muka dia, kening dia, mata dia.

“Sekali tu dia burp but so polite, tutup mulut toleh tepi, aku take note,” katanya.

Namun begitu, Tiz mengakui sehingga kini dia masih belum mampu mengubah tabiat tersebut walaupun menyedari ia agak memalukan.

“But I still burp out loud until today. It’s disgusting. Sorry,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian spontan pelakon itu malah ada yang mengakui mempunyai tabiat sama.

“Yeah I hate girls yang berangin 24/7 or just burp like nobody business. Like kau kenapa perempuan bela saka ke apa burping every 5 minit. Turn off terus.

“Sama lah dengan saya, tapi husband yang tegur. Dia cakap jangan burp out loud dekat public atau masa makan dengan orang lain selain dekat rumah dengan dia tak apa.

“Masalahnya dah terbiasa, dia macam auto tersendawa kuat lepas tu baru cakap sorry.

“When you gotta go, you gotta go.

“Rasa puas dapat burp kuat, tapi dekat rumah boleh lah.

“Alamak, jumpa geng lah! Hahaha,”komen netizen.

Sumber: Threads Tiz Zaqyah

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement