Skip to main content

Hollywood

Tobey Maguire Jadi Pengendali, Kahwinkan Bekas Isteri, Jennifer Meyer Beberapa Minggu Lepas Cerai

Tobey Maguire Jadi Pengendali, Kahwinkan Bekas Isteri, Jennifer Meyer Beberapa Minggu Lepas Cerai

Sekilas

  • Tobey Maguire memainkan peranan mengahwinkan bekas isterinya, Jennifer Meyer, dengan Geoffrey Ogunlesi di majlis perkahwinan mereka di Hawaii.
  • Meyer dan Maguire mengekalkan hubungan baik demi kebajikan anak-anak mereka, Ruby dan Otis, walaupun sudah bercerai secara rasmi.
  • Majlis perkahwinan itu turut dihadiri selebriti terkenal Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Jeff Bezos.
Advertisement

Pelakon Hollywood, Tobey Maguire membuktikan hubungan baik dengan bekas isterinya, Jennifer Meyer, masih utuh apabila memainkan peranan istimewa dalam majlis perkahwinan wanita itu dengan eksekutif muzik, Geoffrey Ogunlesi, pada Sabtu.

Lebih menarik, pelakon filem Spider-Man itu sendiri bertindak sebagai individu yang mengahwinkan pasangan berkenaan, hanya beberapa minggu selepas perceraian mereka dimuktamadkan secara rasmi, lapor E!News.

Advertisement

Menurut laporan sama, pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Four Seasons Resort Lanai, Hawaii.

Meyer tampil anggun dalam persalinan gaun putih  manakala Ogunlesi segak mengenakan sut hitam lengkap dengan tali leher kupu-kupu.

Mengimbas hubungan mereka selepas berpisah, Meyer berkata, kebajikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan selain mereka masih mengambil berat antara satu sama lain.

Advertisement

“Apabila Maguire dan saya berpisah, kami jelas sejak awal  Ruby dan Otis menjadi keutamaan. Kami benar-benar mengambil berat antara satu sama lain sebagai individu dan mahu terus berada dalam kehidupan masing-masing, walau apa pun yang berlaku.

“Kami tidak mahu terlepas sambutan Krismas bersama. Kami juga tidak mahu terlepas sambutan Hari Kesyukuran,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri barisan selebriti terkenal Hollywood termasuk Leonardo DiCaprio, Courteney Cox, Kate Hudson serta pasangan bilionair Jeff Bezos dan Lauren Sánchez Bezos.

Untuk rekod, Meyer dan Maguire mendirikan rumah tangga pada 2007 sebelum mengumumkan perpisahan pada 2016. Bagaimanapun, perceraian mereka hanya dimuktamadkan pada 21 September lalu, selepas hampir sedekad berpisah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ruby, 19, dan Otis, 17 tahun.

Meyer dan Ogunlesi pula menyambut kelahiran seorang bayi perempuan pada awal tahun ini, sekali gus melengkapkan keluarga mereka.

Malah, dalam temu bual bersama People pada Mei lalu, Meyer mendedahkan dia dan Maguire berjaya membina sebuah keluarga besar yang akrab meskipun tidak lagi bersama sebagai pasangan suami isteri.

Hubungan baik itu sekali gus memperlihatkan perpisahan tidak semestinya menjadi penghalang untuk dua individu terus saling menghormati, terutama apabila melibatkan kebahagiaan anak-anak.

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Must Watch Video

Advertisement