Skip to main content

Hiburan

Tok Ram Pesan Penyanyi Kenang Jasa Komposer, Jangan ‘Kacang Lupakan Kulit’ - “Ini Nasihat Umum, Jenguk-Jenguklah…”

Tok Ram Pesan Penyanyi Kenang Jasa Komposer,  Jangan ‘Kacang Lupakan Kulit’ - “Ini Nasihat Umum, Jenguk-Jenguklah…”

Sekilas

  • Datuk Ramli MS menasihatkan penyanyi supaya tidak lupa jasa komposer yang banyak membantu dalam kerjaya mereka.
  • Beliau menegaskan komposer memegang peranan besar dalam kejayaan lagu dan penyanyi, malah lebih dari 50% sumbangan dalam lagu.
  • Ramli berharap generasi muda menghargai komposer agar tradisi menghormati mereka tidak terhenti di masa depan.
Advertisement

Maestro muzik, Datuk Ramli MS menitipkan pesan buat golongan penyanyi untuk tidak melupakan jasa komposer yang pernah menghasilkan lagu untuk mereka.

Menurut Ramli atau nama lengkapnya Ramli Mohd Salleh, adalah sewajarnya untuk sentiasa menjaga hubungan dengan komposer yang banyak membantu dalam kerjaya mereka.

Advertisement

“Sebagai orang Melayu, kita ada adab yang sangat jaya. Ingatlah orang yang memberikan lagu kepada kamu. Ya, kamu boleh kata penyanyi pun menyumbang bakti, tetapi komposer memegang 51 peratus, penyanyi 49 peratus sahaja.

“Lagu itu membawa kamu mendapat banyak kerja dan bernyanyi di persada. Jadi, apabila teringat jasa komposer itu, jenguk-jenguklah. Tidak ada isu apa-apa dan saya harap tidak ada pihak yang menjadikannya sebagai isu.

“Ini nasihat umum sahaja kerana saya ada ramai kawan komposer yang pernah menghasilkan lagu hit berbanding zaman sekarang. Jadi, perkara itu sudah berlaku berpuluh-puluh tahun.

“Pesanan saya, ingatlah jasa mereka. Ini pesanan untuk budak-budak sekarang supaya trend ini tidak bersambung sampai 100 tahun,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ramli yang mesra disapa Tok Ram, jasa seseorang komposer terhadap perjalanan kerjaya penyanyi sebenarnya cukup besar, lebih-lebih lagi apabila lagu yang dihasilkan menjadi hit sehingga membuatkan seseorang penyanyi itu dikenali.

“Ia melibatkan wang yang banyak. Ada banyak pecahan. Penyanyi boleh minta RM30,000 untuk satu malam. Kalau dalam sebulan ada 10 persembahan, sudah dapat RM300,000.

“Komposer pula? Kalau untuk tempoh 20 tahun, bagaimana? Jadi, bertanya khabar pun cukuplah. MACP (Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia) pun tidak seberapa,” tambahnya.

Terdahulu, Ramli menitipkan pesan tersebut ketika menjadi juri jemputan di konsert akhir Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung hujung minggu lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement