Isteri kepada pempengaruh, Prince Syed Syahid iaitu Fatin Syazwani Ishak menafikan dakwaan mengatakan bahawa dirinya telah dipaksa oleh suami untuk melakukan pembedahan bariatrik.
Menurut Fatin, pembedahan yang telah dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh itu, keputusan untuk melakukan pembedahan adalah pilihannya sendiri.
Advertisement
Sehubungan dengan itu, Fatin meminta orang ramai dari terus menunding jari dan menyalahkan suami tercintanya.
"Saya memang buat bariatrik (pembedahan) tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami.
"Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat. Fatin minta Syed kumpul duit (untuk menampung kos pembedahan).
“Tolong jangan serbu (serang) Syed…tolong sangat. Syed tak ada kena mengena. Saya nak tenang-tenang saja”.
Sementara itu, Fatin tidak menyangka isu pembedahan tersebut telah membuatkan ramai pihak mendakwa perkahwinannya bersama Prince Syed sedang bergolak.
"Kenapa sampai macam itu? Awat (kenapa) lebih sangat. Jangan lebih dan melampau sangat. Kenapa orang tak puas hati daripada dulu?.
"Penat, sumpah letih, kecewa.
Sumber: Harian Metro