Skip to main content

Hiburan

“Tolong Jangan Serang Mama…” - Abang Syed Saddiq Tampil Pertahankan Ibu, Mohon Netizen Bertenang

Syed Abdullah

Kecoh di media sosial mengenai hubungan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Syed Saddiq yang didakwa diganggu orang ketiga malah kontroversi itu juga melibatkan ibu kepada Ahli Parlimen Muar.


 

Advertisement

Netizen juga mendakwa ibu kepada Syed Saddiq iatu Sharifah Mahani dikatakan tidak mengikuti laman Instagram Bella.


 

Bagaimanapun abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah menerusi Threads memohon netizen untuk berhenti menyerang ibu yang kurang mahir dalam bab IT terutama melibatkan ‘follow’ akaun laman sosial.


 

“Saya minta semua bertenang ya. Dan tolong, tolong jangan serang Mama. Kena faham sikit, Mama ni kurang mahir bab IT.


 

“Bab forward WhatsApp dan hantar GIF memang dia pro, tapi kalau nak follow-follow tu biasanya anak-anak yang tolong buatkan.


 

“Saya sayang kamu semua, tapi chill dulu ok?

I love you all so much,” kongsi Syed Abdullah yang turut menganggap dirinya ‘president’ kelab peminat gabungan Bella dan Syed Saddiq iaitu BASS.

Must-Watch Video

Advertisement