Skip to main content

Hollywood

Tom Cruise Anggap Perceraian Bekas Isteri, Nicole Kidman Karma

cruise

Sekilas

  • Tom Cruise didakwa menyifatkan perceraian bekas isterinya, Nicole Kidman dan Keith Urban sebagai karma.
  • Kisah perceraian Cruise dan Kidman pada 2001 menjadi tumpuan media dengan ramai menyokong Kidman.
  • Kidman dan Urban bercerai selepas 19 tahun berkahwin, dan Cruise dikatakan berkongsi pandangan tersebut dengan orang terdekatnya.

Pesohor Hollywood, Tom Cruise didakwa menyifatkan perceraian bekas isterinya, Nicole Kidman dan penyanyi Keith Urban sebagai karma.

Kata-kata itu dikeluarkan Cruise kepada satu sumber terdekat, lapor NZHerald. Ia lantaran kisah selepas perceraian Cruise dan Kidman pada tahun 2001.

Pasangan selebriti tersebut berkahwin dan bercerai selepas 11 tahun dengan kisah perceraian mereka menjadi liputan besar media massa.

Pada waktu itu, ramai yang berpihak kepada Kidman dan melihat Cruise sebagai ‘orang jahat’.

“Sewaktu mereka bercerai, semua kesalahan diletakkan di bahu Cruise sementara Kidman mendapat simpati.

“Selepas dia mendapat berita Kidman bercerai dengan Urban, Cruise mempunyai perasaan yang bercampur. Namun pada masa yang sama, Cruise beritahu orang terdekat itu karma dalam skala besar buat Kidman,” dakwa sumber tersebut.

Kidman dan Urban bercerai selepas 19 tahun hidup bersama.

Must-Watch Video

Advertisement