Skip to main content

Hollywood

Tom Cruise Terima Oscar Pertama Lepas 45 Tahun Karier

cruise

Sekilas

  • Tom Cruise akhirnya menerima pengiktirafan pertama dalam anugerah Oscar melalui Governors Awards yang berlangsung secara tertutup di Los Angeles hujung minggu lalu.
  • Cruise, yang berkarier selama 45 tahun, pernah beberapa kali dicalonkan dalam kategori Aktor Terbaik tetapi tidak pernah memenangi sebarang Oscar sebelum ini.
  • Dalam ucapannya, Cruise menyatakan filem adalah cintanya dan beliau berterima kasih kepada semua karyawan seni yang membantu perjalanan kariernya selama lebih empat dekad.

Pesohor Tom Cruise akhirnya menerima pengiktirafan pertama dalam anugerah Oscar  apabila dianugerahi Governors Awards dalam acara Governors Awards yang berlangsung secara tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.

Penghargaan penghormatan tersebut diterima  selepas 45 tahun Cruise berkarier sebagai anak seni.

Cruise, 63, pertama kali berkecimpung dalam dunia hiburan pada 1981. Sepanjang karier, beliau pernah tercalon beberapa kali dalam Oscar termasuk sebagai Aktor Terbaik pada 1990 selain dicalonkan lagi pada tahun 1997, 2000 dan 2023.

Namun dalam banyak pencalonan tersebut, Cruise gagal membawa pulang sebarang penghargaan.

Terharu dengan pengiktirafan yang diperoleh, Cruise menerusi ucapannya mengatakan filem adalah cintanya.

“Membikin filem bukan pekerjaan saya tapi ia (filem) adalah saya. Filem membawa saya keliling dunia.

“Filem membantu saya menghargai dan menghormati perbezaan. Ini juga menunjukkan kepada saya betapa kita semua manusia, betapa miripnya kita dalam banyak hal,” katanya seperti dilaporkan BBC.

Bintang The Top Gun and Mission: Impossible itu juga menyampaikan dedikasi terhadap karyawan seni lain yang telah banyak membantu karier seninya sepanjang lebih empat dekad berkarya.

Sebelumnya Cruise juga menerima tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ dalam kalangan pengkarya yang hadir termasuk sutradara Steven Spielberg, Leonardo DiCaprio dan Jerry Bruckheimer.

Governors Awards merupakan penghargaan tahunan yang dikelola sebelum pengumuman pencalonan Oscar.

Must-Watch Video

Advertisement