Tom Holland dan tunangnya, Zendaya dilaporkan terpaksa membayar sehingga RM5,000 sehari kepada pengawal untuk mengawal keselamatan mereka daripada peminat.
Keputusan tersebut diambil selepas semakin ramai peminat yang ‘berkampung’ di kawasan kediaman mereka yang bernilai RM14.8 juta di Barat London, lapor DailyMail.
Advertisement
Bintang Spider Man itu mengaku mahu menjalani kehidupan normal selepas mengumumkan pertunangan bersama Zendaya pada awal tahun ini.
Bagaimanapun kehidupan mereka sering diganggu apabila selalu diburu peminat untuk sekadar bergambar atau mengambil tanda tangan.
“Peminat sentiasa berada di sekitar kediaman mereka dan ia mula menjadi tidak terkawal.
“Mereka tiada masalah untuk berinteraksi dengan peminat tetapi apabila tidak bekerja mereka hanya mahu menjadi seperti pasangan biasa dan melalui kehidupan normal,” ujar satu sumber.
Sumber itu juga menambah: “Peminat mula menanti di pintu pagar mahu berswa foto dan minta tanda tangan.
“Jadi sekarang mereka terpaksa mengambil khidmat pengawal keselamatan untuk mengawal situasi daripada ‘pelawat’ yang tidak dikehendaki.”
Sebelum ini peminat dikejutkan dengan insiden yang dialami oleh Holland, 29, di set penggambaran. Dia mengalami gegaran otak ringan selepas gagal menyempurnakan sebuah aksi lagak ngeri dalam filem terkini Spider Man.